[Hartamu, ke manakah ia dibelanjakan?]

Alhamdulillah, beberapa hari lepas, saya selamat keluar dari majlis perkahwinan yang sangat gilang gemilang. Sekilas pandang, nampak segalanya sempurna. Makanannya, pakaian ahli keluarga pengantinnya, hiasan dewannya, lampu lip lapnya dan macam-macamlah. Mata-mata yang menyaksikan panorama ini tak mampu mendiamkan mulut untuk bertanya.

"Kak, berapa kos kenduri ni? Berapa kos kad ni? Berapa.. berapa.."

Dewan               RM26000
Doorgift             RM30000
Kad Kahwin     RM30000
Sewa dapur      RM3000

Hah, terkejut saya dengar. Boleh guna duit-duit tu untuk pembangunan sekolah dan masjid kot. Sedekah dekat anak-anak yatim dan miskin ke. Bayarkan sikit yuran pengajian saya ke.

Belum tanya lagi photographer berapa, baju pengantin berapa, boleh anggar dah perbelanjaan keseluruhan.

Rupa-rupanya, kos perbelanjaan ini sudah menjadi buah mulut orang dan semestinya kaum kerabat mereka sendiri. Jika dilihat dari pandangan mata kasar, memanglah meriah tak terkata. Tetapi, bila dilihat dari pandangan mata hati, sedih dan pilu memenuhi ruang hati ini.

Ketika beratur nak mengambil makanan, saya masih tidak mengalihkan pandangan ke kerusi pengantin yang sangat besar atas pentas yang tersergam indah. Alunan nyanyian lagu-lagu rancak yang dipasang dengan begitu kuat menjadikan majlis itu ibarat separa suasana kelab malam.

'Ya Allah, apalah hikmah aku 'ter'hadir ke majlis macamni?'

Teringat saya satu post dari ustaz Zaharuddin beberapa hari lepas:

"Statistik penceraian pasangan Islam di Malaysia amat tidak sihat. Ada orang menghabiskan wang berpuluh-puluh ribu untuk majlis kahwin sehingga berhutang. Malangnya kurang dari 3 tahun telah ramai bercerai. Berhemahlah dalam belanja perkahwinan kerana pada jimatan belanja itu ada unsur bawa keberkatan yang mengekalkan perkahwinan. 

Hemah dan jimat itu juga tanda pasangan yang berkahwin dan keluarga mereka BUKAN orang-orang yang terlalu utamakan dunia dan penampilan luaran berbanding taqwa dan hati."

___
Ketika terserempak dengan beberapa ahli keluarga pengatin, ada yang berkali-kali mengucapkan "Alhamdulillah.. terima kasih datang..alhamdulillah.. boleh juga buat kenduri akhirnya"

Saya yang mengetahui serba sedikit latar belakang keluarga mereka, merasa sedih dengan ayat ini. Jauh di sudut hati, ingin sahaja saya tanya.. "Pakcik, pakcik suka ke majlis macam ni? Majlis seperti ini ke yang pakcik hajatkan?" Namun, soalan itu hanya terbuku di hati.

Secara zahirnya, mereka majoritinya berpakaian jubah, berserban dan sesetengahnya berpurdah. Saya hormat cara mereka berpakaian kerana masih tidak keluar dari garis panduan menutup aurat dalam Islam. Malah, segolongan besar ahli keluarga mereka juga adalah golongan penghafaz Al-Quran. Kekecewaan saya bertambah-tambah tatkala meneliti dan mengamati gaya hidup mereka. Di manakah peranan al-Quran dalam memperbaiki kehidupan? Apakah Al-Quran perlu dihargai semata-mata dengan hafalan dan bacaan?

Sebenarnya, bila kita renung dan renung secara mendalam kefahaman Islam masyarakat harini, kebanyakannya memandang Islam itu sebagai suatu yang terpisah-pisah. Islam adalah solat, puasa dan baca Al-Quran tetapi bukan dalam soal perhubungan dengan manusia. Islam itu zikir, zakat, haji dan tutup aurat sahaja, tapi bukan gaya hidup. Nak menari ke, nak berkaraoke ke, tidak mengapa asalkan masih solat dan tutup aurat. Allahu, sedih dan sedih. Nak membeli belah jutaan ringgit pun takpe, asalkan selalu infaq dan sedekah setiap minggu, asalkan masih dilabel Islam.

Menghampiri ambang Ramadhan, mudah-mudahan Allah menjauhi kita menjadi hamba yang membazir. Membazir waktu, membazir wang dan membazir tenaga. Sesungguhnya kemiskinan jiwa sedang bermaharajalela sehingga manusia lupa kembali kepada yang Maha Kaya.

Allahummahdinaa wa yassiril huda ilaina
Nastaghfirullah, wa natubu ilaik.

N.H.

Gambar : sekadar hiasan.

Comments

  1. Casino Night - A Las Vegas Vacation Rent a Casino - Mapyro
    Find the cheapest and 김포 출장안마 quickest ways to 광명 출장안마 get from 바카라 조작 Casino Night to A 평택 출장샵 Las Vegas, NV 89109 to Miracle Mile Shops. 안양 출장안마

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:: Sekilas tentang Wattpad ::

Rindu Arwah.

Ummi..