Tangisannya, tangisanku jua

"Nok kek... nok kek..", rayu anak itu.

"Ilyas..ilyas dah janji kan taknak makan makanan yang ibu tak bagi..?"

"Nok kek..nok kek... bulehlaa", rayunya lagi.

"Ni ibu bagi pisang. Makan ni sampai kenyang dulu", pujuk ibunya.

"Taknak..ilyas nak kek..bulehlaa", rayuan dan raungannya semakin kuat.

Setelah secubit kek diberi, dia dengan lahap menguyah, malah semakin terliur untuk makan kek yang berbaki. Hakikatnya, itulah makanan yang tidak boleh masuk ke dalam badannya. Ayahnya cuba melarikan fokusnya dengan membawanya keluar, namun kesan secubit kek yang dimakannya sebentar tadi menyebabkan tubuhnya yang sudah sedia gatal bertambah gatal.

'Kesiannya adik ini..ya Allahh'

"Makcik, apa nama dia?", tanyaku kepada ibunya kerana terasa ingin bersembang dengan adik itu.

"Nama sebenar dia Umar Faruq. Tapi kami semua panggil dia Ilyas. Sebab, dia yang bahasakan diri dia Ilyas. Dia terinspirasi dengan watak dalam satu buku tu, nama orang tu Ilyas", terang sepupunya kepadaku.

"Oh Ilyas. Macam mana boleh terinspirasi? Umur dia berapa tahun?", tanyaku kehairanan, lebih-lebih lagi apabila melihatnya tubuhnya yang agak kecil.

"3 tahun. Dulu..kami suka bacakan buku tentang Kisah Ilyas yang mencari tuhannya. Ilyas tu ada seekor itik. Dia pun ada itik. Dia rasa kisah Ilyas tu macam kisah diri dia.. jadi sejak tu dia bahasakan diri dia Ilyas"

Subhanallah. Hebat adik ni. 3 tahun pun dah boleh terinspirasi dari kisah dalam buku. Namun, gelagatnya yang menggaru badan, tangan, muka dan kaki tanpa henti, menimbulkan rasa simpati yang amat dalam.

Diberi makan ini, tak boleh, nanti gatal. Diberi air ini, tak boleh, nanti sakit. Tukar makanan lain pula, tak boleh juga, nanti naik merah-merah.

"Allah siannya adik ni. Apa je yang dia boleh makan?"

Ketika bertanya soalan itu, hampir saja air mata ini membasahi pipi dek kerana terkenang kembali diriku beberapa tahun lalu. Di saat aku perlu berpantang dan hanya makan ikan dan sayur sahaja setiap hari. Sungguh, bukan mudah untuk tiba-tiba menghalang diri dari makan makanan yang dah biasa kita makan sejak belasan tahun.

Makanan tu ada depan mata, tapi kita tak diberi keizinan untuk menjamahnya. Rezeki itu sampai begitu dekat dengan kita, tapi ianya bukan kita punya. Ye, begitulah perjuangan yang perlu saya lalui suatu ketika dulu. 
emmm.. nampak sedap kan?


Apapun alhamdulillah, ketika Allah mengizinkan sihat dan beberapa makanan sudah boleh dijamah, nikmatnya masya Allah.. seperti buka puasa selepas setahun berpuasa.😋 Taktau nak cerita macam mana, tapi sejak tu saya benar-benar menghargai nikmat 'boleh makan' yang Allah kembalikan. Begitu juga, nikmat 'sihat' yang Allah kembalikan.

Semoga Allah memberi kesembuhan kepada adik Ilyas. Engkau terlalu kecil untuk merasai penderitaan itu. Semoga ibu bapanya diberi oleh Allah hati yang kuat untuk meneruskan rawatan buat anaknya. Sungguh, hamba yang diuji itu hamba yang Allah sayang dan hamba yang sentiasa dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNya.

-N.H

Comments

Popular posts from this blog

:: Sekilas tentang Wattpad ::

Rindu Arwah.

Ummi..