:: Sekilas tentang Wattpad ::

Wattpad ialah media penyalur bakat untuk penulis novel. Kita boleh pilih bahan-bahan bacaan mengikut jenis novel yang kita nak tulis. Wattpad boleh jadi medium latihan menulis, dan dalam masa yang sama memperkenalkan hasil tulisan kita kepada orang ramai.

Dalam wattpad, orang yang baca novel kita boleh terus komen setiap perenggan yang kita tulis.
.
.
BAHAN BACAAN
Untuk memilih bahan bacaan, boleh tengok di bahagian home atau ranking genre. Dalam wattpad sangat banyak genre seperti romance, thriller, action, teenfiction, fantasy dan sebagainya. Kita boleh pilih bahan-bahan bacaan Bahasa Inggaeris atau Melayu.

Dekat home kita, biasanya akan keluar recommended books, jadi dari situ kita boleh tengok views bagi sesuatu karya.

Bagi peminat karya-karya English, better cari views yang 10m ke atas, manakala untuk karya-karya Melayu pula, views 1m ke atas dah dikira ok. Secara logiknya, cerita-cerita yang best, mestilah dapat views banyak, kan?

Boleh juga cari bahan bacaan melalui akaun orang lain. Contohnya bila kita follow seorang penulis ni, kita tengok dia punya reading list atau following dia.

Berdasarkan survey yang ana buat dekat pengguna-pengguna wattpad, kebanyakan karya Melayu berkisar tentang love story/ horror. Susah nak jumpa cerita-cerita adventure dan kebanyakannya merapu. Wallahu a’lam.
.
.
TAMBAH FOLLOWER
Untuk tambah follower, kita boleh mulakan dengan follow beberapa penulis dahulu. Kemudian, publish story dan promosi akaun wattpad kita di FB. Selalunya akaun yang publish story, memang akan dapat follower sebab orang akan baca hasil karya dia.
.
.
KEBURUKAN WATTPAD
Hati-hati jika kita adalah penggemar cerita-cerita romance, dalam wattpad ni banyak juga cerita-cerita 18sx. Even budak lower high school pun, pandai buat cerita 18sx. Jadi kita sebagai pembaca perlu bijak memilih bahan bacaan kerana ‘kita adalah apa yang kita baca’. Sedikit sebanyak, mungkin mempengaruhi kehidupan kita jika kita tak mengawalnya dengan baik.

Dengan perkara ini, kita boleh manjadi agen perubahan membawa karya-karya yang berunsur kebaikan yang sebenar dan Islamik.

Seperti novel Ayat-ayat Cinta karangan Habiburrahman. Novel cinta islamik yang muncul di tengah-tengah permintaan masyarakat yang suka akan novel cinta busuk. Sekarang ini di Indonesia, novel cinta islamik yang dapat permintaan lebih tinggi.
.
.
BUAT DUIT
Sesetengah penulis yang buat stories dan stories dia menarik, kemudian dapat banyak views dan feedback yang positive, boleh jadi ada pengguna wattpad yang publish stories tu melalui mana-mana syarikat ataupun kita dapat tawaran  untuk publish buku kita.

Sesetengah penulis yang terkenal, mereka akan dapat duit bila ada orang baca stories mereka. Jadi, dari penulisan ni, mereka buat duit. Cuma, dari segi prosedurnya tak berapa tahu macam mana sebab kebanyakannya foreigners.
.
.
In shaa ALLAH, bila selalu pakai wattpad, kita akan selalu discover dan lama-lama akan pandai juga.

Bagi yang baru buat wattpad, mungkin boleh baca karya-karya beliawritingmarathon (Ni karya-karya indonesia). Dalam akaun tu, ada 11 penulis dan semuanya pernah hasilkan novel. Karyanya juga berkisar tentang remaja, jadi sesuai untuk umur-umur kita.

Kalau nak tengok karya-karya orang melayu, boleh tengok akaun yang saya follow. Kebanyakannya adalah penulis melayu dan ada antara mereka merupakan novelis yang terkenal. Apapun, saya masih mencari lagi karya-karya melayu yang betul-betul mendidik masyarakat melalui penulisan-penulisannya. Wallahu a'lam.
.
.
Jemput follow, ini wattpad saya dan kawan-kawan


Ini pula akaun saya! Hehe




N.H
2.50pm
15 Ogos 2017

-Disunting oleh Saudara Izzat Ibrahim

Comments

  1. Replies
    1. Kak maz, maaf lewat reply.

      Aah dia apps. Kalau nak jimat space phone, boleh download dekat laptop😊

      Delete
  2. Skrg makin teruk 25 buku je leh baca offline

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rindu Arwah.

Ummi..