Refleksi : Murabbi dan Alam
Masih segar di telinga ini nasihat murabbi itu tentang pesan Saidina Umar :
"Bermuhasabahlah kalian, sesungguhnya kemenangan umat Islam kerana maksiatnya musuh. Kerana maksiat musuh, mereka tidak layak menerima bantuan Allah. Tetapi kerana ketaatan dan kepatuhan kamu, kamu berhak menerima bantuan dari Allah.."
Bagaimana mata ini tidak mengalir..mengenangkan diri yang masih berjuang membuang karat-karat dosa di dalam hati. Rasa lemah dan lelah begitu kerap hadir sehingga mudah sahaja mengatakan :
"Di manakah pertolongan Allah? Bila pertolongan itu akan datang? Aku sudah tidak sanggup rasanya meneruskan hidup begini..."
Meskipun jiwamu sedang lemah, selemah daun yang diterbangkan angin, membiarkan diri jatuh di mana sahaja mengikut haluan yang ditiup angin.. ingatlah pada makhluk-makhluk kecil yang diciptakan Tuhan.
Sekecil-kecil ikan di laut, tetap mampu hidup membiak, berenang bersama ikan-ikan yang sama spesisnya, menjelajah laut yang luas tidak terkata.
Sekecil-kecil semut di darat, masih mampu membina busut sebagai tempat perlindungan untuk ribuan malah jutaan semut, bekerja mengutip sisa-sisa makanan, bertegur sapa sesama mereka tanpa mengira tempat dan masa
Sekecil-kecil lebah yang diciptakan, masih mampu menghisap madu pada kuntuman-kuntuman bunga, membawa pulang ke sarangnya untuk diproses melalui bahan kimia di dalam tubuhnya, sehinggalah menjadi makhluk berjasa, menyediakan ubat kepada manusia.
Duhai jiwa yang masih berusaha mengusir rasa lemah, lihatlah rahmat Tuhan pada makhluk-makhluk kecil itu.
Apakah ada keluhan dari mereka :
'Tuhan..mengapa aku diciptakan kecil seperti ini? Kami juga ingin besar, kelihatan kuat dan digeruni..'
Tiada. Malah sekali pun tiada.
Mereka yang kecil itu seolah-olah memahami dunia ini medan untuk menuai ladang yang subur di akhirat sana. Lemah dan kecil pada zahirnya, kuat dan kukuh kegigihan mereka dalam berusaha. Besar pula manfaat mereka pada manusia.
Aduh, malu aku pada mereka.
Ayuh pujuklah jiwamu, meskipun engkau sudah menjadi daun yang layu. Carilah titisan air di dalam tanah untuk kembali menghasilkan tunas, lalu membesar menjadi pokok yang ada manfaatnya... 😊😊😊
Nurul Husna,
Yang sedang belajar dari alam.

Comments
Post a Comment