3 yang saling berkait

Tadi ada burung pipit datang sebelah. Nostalgia 9 tahun lalu menerpa serta merta dalam memori. Burung pipit, arwah atuk, Tun M - 3 yang saling berkait. Burung itu mendekat ketika aku mengaji pagi-pagi lepas Subuh. Andai boleh aku berbahasa dengan bahasa burung, ingin sahaja aku memanggilnya, "Mari sini wahai si comel. Mari sini, aku ingin berkawan denganmu" He says Hi to me! How happy I am :) Burung itu lompat-lompat kecil lalu terbang ke awan tinggi. Waktu aku Tingkatan Satu dahulu, peristiwa hampir sama berlaku. Cikgu tidak masuk kelas dan aku berjalan-jalan menikmati keindahan taman di sekolah. Cicipan suara mula kedengaran, membuatku tersedar kehadiran si comel di ranting pokok bunga. Malangnya, kaki burung itu tersangkut di kayu. Kudratnya terbatas untuk terbang dan melarikan diri. Aku mengutipnya dengan penuh kasih sayang dan membawanya pulang ke rumah. "Tok ayah...Husna bawa balik burung comel!" "Ayah....comel kan burung ni? Kesian...