Imam Besar datang UIA :)

Sungguh beruntung warga UIA hari ini kerana dapat mendirikan solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah di bawah pimpinan seorang ulama ulung Al-Shaikh Muhammad Abdul Kareem, seorang ulama dari Sudan yang merupakan pakar dalam bidang al-Quran. Beliau merupakan guru kepada Al-Shaikh Maher al-Mu'aiqly, Imam Masjidil Haram dan guru kepada guru hafazan al-Quran di UIA, Al-Shaikh Dr. Yusuf Adam al-Badani.

Ketika mengimami solat fardhu Maghrib tadi, Al-Shaikh membacakan ayat yang membicarakan tentang 'Ibadurrahman.

Berikut merupakan beberapa isi penting tazkirah Maghrib tadi.

1- Al-Shaikh menghuraikan tadabbur ayat berkaitan 'Ibadurrahman.

2- Semua makhluk adalah hamba Allah, akan tetapi dinisbahkan manusia yang mempunyai ciri-ciri tertentu sebagai hamba kepada Al-Rahman, iaitu hamba kepada Tuhan yang Maha Luas RahmatNya. Ini menunjukkan keistimewaan mereka yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

3- Mereka dipanggil hamba-hamba Ar-Rahman kerana ciri-ciri tersebut dicapai hasil keimanan yang jitu mereka miliki kepada sifat Rahmat Allah.

4- Antara ciri paling penting bagi Ibadurrahman ialah merendahkan diri.

5- Tiga sebab utama membawa kepada maksiat ialah
A- Terikatnya hati kepada selain Allah.
B- Mentaati perasaan marah.
C- Mentaati nafsu syahwat.

5- Untuk mendapatkan ciri-ciri 'Ibadurrahman ini ia memerlukan kesabaran. Kerana itu ganjaran ini dijanjikan untuk orang-orang yang sabar.

FB Shaikh: الشيخ محمد عبدالكريم الشيخ

#halaqahilmuuiagombak
#29JAN2018

Comments

Popular posts from this blog

:: Sekilas tentang Wattpad ::

Rindu Arwah.

Ummi..