My Birthday!
Jumaat lepas, aku mengakhiri sem dua ijazah Quran Sunnah dengan perasaan yang bercampur baur.
Tepat pukul 12 malam 19 Januari, mataku kuyu menghadap kertas-kertas, tiba-tiba dengar satu jeritan,
"SELAMAT HAARII LAAHIIRR.. SELAAMAT HAARII LAAHIIRR"
Ek eh. Terasa merah pipi serta merta, bulat mata tanpa perlu percikan air. Haha. Aku sudah mencecah umur 22 tahun. Tiba-tiba rasa semangat nak sambung ulang kaji.
'Eh dah besar rupanya aku. Takkan nak malas-malas belajar lagi kan?'
Monologku sendirian.
Malam itu, aku tidur hanya 3 jam. Kemudian, aku bangun semula. Segar lain macam rasanya. Baca mesej-mesej dan video yang kalian kirim, bunga-bunga hatiku. Terima kasih daun keladi, kalau belum letih kirimlah lagi. Hehe.
19 Januari seringkali meninggalkan sejarah berharga dalam hidupku. Tarikh aku berjaya dapat lesen kereta. Tarikh aku berjaya khatam tasmik Al-Quran. Tarikh aku lahir. Alhamdulillah.
Dan tahun ini, 19 Januari menjadi tarikh terakhir aku menduduki peperiksaan semester dua. Lain rasanya bila kawan-kawan yang lebih semangat nak hargai seorang 'birthday girl' berbanding diri sendiri.
Jujurnya, aku sangat menghargai setiap hadiah yang sampai kepadaku kerana di sebaliknya terzahir nilai yang mahal - nilai persahabatan. Tidak kira hadiah itu akan tiada (makanan contohnya) atau boleh disimpan buat kenangan, ianya tetap pemberian yang wajar dipandang tinggi.
Aku bukanlah teman yang baik buat kalian, tetapi kebersamaan itu banyak mendidikku menjadi yang lebih baik dari sehari ke sehari. Kesudian kalian belajar bersama, saling menasihati dan memaafkan kekhilafan diri ini membuat aku bahagia bertemu manusia seperti kalian. Alhamdulillah.
Beberapa jam sebelum 19 Januari berakhir, Allah izin seorang guru berhajat bertemu denganku. Banyak perkara yang dibincangkan termasuklah tentang tanggungjawab sebenar seorang penuntut ilmu agama.
Pesanannya membuat aku berfikir - apa erti belajar dua sem ijazah? Apa erti kertas peperiksaan yang tercoret segala jawapan yang dihafaz? Apa erti keluhan 'susah belajar' jika masyarakat masih memandang sepi Al-Quran? Apa erti semua ini jika masyarakat masih mengambil internet dan youtube sebagai sumber utama?
"Segalanya perlu bermula dari bawah. Untuk sampai tahap faqih, perlu lalui proses 'step by step'. Paling penting, disiplin dan tabah untuk latih dan ulang. Tanggungjawab kita besar. Tugas kita banyak"
Ketika guruku senyap, aku juga membisu. Masing-masing ligat memaknai hakikat itu. Ternyata begitu berat amanat yang ditanggung oleh penuntut ilmu.
Berat mata memandang,
Berat lagi bahu yang memikul,
Tamat sudah fasa bersenang,
Dan aku bukanlah paku yang hanya menunggu penukul!
Semoga cuti dua minggu ini menjadi tempoh aku sibuk dengan kerja-kerja bermanfaat. Membaca, mengulang kaji, menulis dan terus mengkaji. Dah besar kan?
N.H.

Comments
Post a Comment