Gagal? Chill jer..

Selama 22 tahun hidup, kali pertama aku masuk gelanggang badminton di Haluan Siswa Sport Festival (HusStle 1.0). Hurm, ingat main badminton senang ke?

Pada pusingan keempat bermain, aku baru sedar teknik penting permainan itu. Kata sifu aku (a.k.a adik halaqah) : "Tipsnya ialah sentiasa berada di tengah, pastikan pihak lawan tak ambil peluang dan menganggap gelanggang itu kita yang punya".

Bermain dengan atlit yang berpengalaman, sekali lagi mengingatkan aku pada kejohanan sukan tahun lepas. Waktu itu nama programnya, SASPORT dan semua pemain adalah perempuan. Boleh baca kisahnya di sini (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2047103565577785&id=100008344845765). Ada persamaan pengajaran dalam dua kejohanan sukan ini.

Oh ye, balik pada cerita badminton.
Tahu teknik bermain sangat penting. Tetapi pengalaman mengasah teknik jauh lebih penting. Ye, pengalaman.

Meskipun kita faham ini kawasan 'out', pukul begini boleh menambah mata, pukul begitu mampu kalahkan pihak lawan - tetap kecekapan memahami signal dan merespons dengan cara yang tepat adalah kemahiran yang perlu diasah.

Dahulu ketika zaman sebelum ambil SPM, aku kerapkali cari peluang berbaik-baik dengan pelajar rajin berbanding pelajar yang tinggi rekod markah peperiksaan (senang kata, orang bijaklah). Kerana yang rajin itu seringkali berterusan usahanya memahamkan sesuatu, manakala yang bijak tidak semestinya rajin.

Cuba cari orang rajin sekeliling anda - bukankah ketika gagal mahupun berjaya dia tetap berusaha? Dia tahu dia belum mahir, maka mengulang kaji pelajaran itu menenangkan hatinya. Dia tahu dia jahil, maka meluangkan waktu bersama buku mendamaikan jiwanya. Dia tahu tugasnya usaha, maka apa pun natijah dia serah pada Yang Esa.

Gagal ialah pintu gerbang kejayaan. Rata-rata orang yang berjaya, dialah yang pernah gagal berkali-kali. Orang yang gagal pada zahirnya, telah berjaya melakukan sesuatu berbanding orang yang hanya aktif berkata-kata.

Di dunia yang serba maju ini, orang rajin dan tak mudah putus asa jauh lebih mahal berbanding orang yang bijak semata-mata. Pada setiap bakat yang terpendam, sewajarnya kita berterusan meluangkan waktu untuk mengembangkannya.

Terima kasih kepada pemain-pemain badminton yang beri peluang aku masuk gelanggang. Sekurang-kurangnya aku sudah berjaya membasahkan baju dengan peluh yang mencurah-curah. Haha.

Akan datang nanti, bolehlah jemput aku jadi juri. Aku pegang wisel, sambil belajar teknik smash yang padu tu.

Ambil aura atlit nombor dua Malaysia sebelum main. Hehe.

.
.
Nurul Husna,
Belum pro main badminton. Tersalah masuk gelanggang mungkin.

#husstle18

Comments

Popular posts from this blog

:: Sekilas tentang Wattpad ::

Rindu Arwah.

Ummi..