Posts

Di Sebalik 24 Tahun

Image
Ketika usia ini menginjak 24 tahun, aku seperti hilang kata-kata untuk mengungkapkan apa yang aku rasa. Bercampur baur perasaan sebak, syahdu, malu, berkobar-kobar dan tekad untuk menjadi sosok yang lebih mulia di sisiNya. Saat aku melihat batu bata kehidupan yang telah ku lalui, pahit manis yang telah ke telusuri, jatuh bangun yang silih berganti – ternyata Tuhan Maha Kaya dan Maha Seni dalam mengirim hikmah di setiap sisipan umurku. Namun begitu, di saat aku ingin mengukir senyuman dan menjerit, ‘Yeahh, I’m survived for 23 years ago!! Congratulations my dear self’, Tiba-tiba tercetus persoalan di benakku, ianya berlegar-legar seligat kipas berkelajuan maksima, “Jika seorang Muallaf mengira umurnya, tiadalah yang lebih berharga dalam usianya kecuali sejak detik pertama lisannya melafazkan syahadah. Seluruh kehidupan bergerak dari kegelapan menuju cahaya, dari kekeliruan menjadi jelas dan nyata, dari kesempitan berubah saat yang bahagia, dari jalan yang bersimpang siur, akhirny...

3 yang saling berkait

Image
Tadi ada burung pipit datang sebelah. Nostalgia 9 tahun lalu menerpa serta merta dalam memori. Burung pipit, arwah atuk, Tun M - 3 yang saling berkait. Burung itu mendekat ketika aku mengaji pagi-pagi lepas Subuh. Andai boleh aku berbahasa dengan bahasa burung, ingin sahaja aku memanggilnya, "Mari sini wahai si comel. Mari sini, aku ingin berkawan denganmu" He says Hi to me! How happy I am :) Burung itu lompat-lompat kecil lalu terbang ke awan tinggi. Waktu aku Tingkatan Satu dahulu, peristiwa hampir sama berlaku. Cikgu tidak masuk kelas dan aku berjalan-jalan menikmati keindahan taman di sekolah. Cicipan suara mula kedengaran, membuatku tersedar kehadiran si comel di ranting pokok bunga. Malangnya, kaki burung itu tersangkut di kayu. Kudratnya terbatas untuk terbang dan melarikan diri. Aku mengutipnya dengan penuh kasih sayang dan membawanya pulang ke rumah. "Tok ayah...Husna bawa balik burung comel!" "Ayah....comel kan burung ni? Kesian...

Gagal? Chill jer..

Image
Selama 22 tahun hidup, kali pertama aku masuk gelanggang badminton di Haluan Siswa Sport Festival (HusStle 1.0). Hurm, ingat main badminton senang ke? Pada pusingan keempat bermain, aku baru sedar teknik penting permainan itu. Kata sifu aku (a.k.a adik halaqah) : "Tipsnya ialah sentiasa berada di tengah, pastikan pihak lawan tak ambil peluang dan menganggap gelanggang itu kita yang punya". Bermain dengan atlit yang berpengalaman, sekali lagi mengingatkan aku pada kejohanan sukan tahun lepas. Waktu itu nama programnya, SASPORT dan semua pemain adalah perempuan. Boleh baca kisahnya di sini ( https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2047103565577785&id=100008344845765 ). Ada persamaan pengajaran dalam dua kejohanan sukan ini. Oh ye, balik pada cerita badminton. Tahu teknik bermain sangat penting. Tetapi pengalaman mengasah teknik jauh lebih penting. Ye, pengalaman. Meskipun kita faham ini kawasan 'out', pukul begini boleh menambah mata, pukul begitu mampu...

Abang Terangkak-Rangkak

Pagi tadi, sambil menunggu kehadiran kawan, saya dapat menduga akan ada orang lelaki tegur. Mana tidaknya, saya duduk di Male Sport Complex! Sudah tertulis di Luh Mahfuz, saya jadi AJK Tempat program Haluan Siswa Sport Festival 1.0 (HusStle 1.0) yang akan berlangsung esok, maka tugas saya adalah pastikan semua 'court' boleh digunakan sebelum program bermula. Memandangkan perut sudah manyanyikan lagu P. Ramlee dengan rancaknya, saya pun duduklah di sebuah kerusi sambil membuka bungkusan nasi berlaukkan tempe. Sebulan lebih tak menjamah tempe, kecur air liur kot. Sebaik suapan kedua selesai, ada seorang lelaki lalu di hadapan. "Dik, awak pelajar UIA ye?" "Ambil kos IRK ye? Usuluddin?" Saya angguk-angguk kemudian geleng. "Saya jurusan Quran Sunnah" Tiba-tiba sahaja, wajah dia berubah teruja. "Oh bakal ustazah.. Mesti awak pandai baca Al-Quran kan?" Saya angguk sahajalah. Menunggu soalan seterusnya. "Dulu, saya pandai ...

Aku Brunei Ke?

Hampir lima tahun belajar di IPT yang menerima pelajar antarabangsa, ramai orang tersalah sangka saya ini orang Brunei. Di Darul Quran dulu, bila solat di saf pertama, ada sahaja orang belakang tepuk bahu sambil bertanya, "Eh awak pelajar Brunei kan?" Tiga hari berturut pula tu. Sejak 2018, saya fikir sudah tamatlah fasa orang anggap saya warga Brunei. Baru-baru ini, sedang baca buku di perpustakaan, datang seorang pelajar dengan wajah berseri-seri, "Awak Brunei kannn?!" Sabar jelah. Beberapa minggu sebelum itu, ada juga yang terbeliak mata melihat saya. Katanya, "Ya Allah, bagusnya awak sanggup travel naik flight semata-mata nak datang program ni?" Terkebil-kebil jugalah saya. Bila masa saya beritahu dia saya warga Brunei? Terakhir sekali, dua hari lepas di dalam kelas. Saya tanya soalan kepada orang sebelah. Dia tenung saya macam nak makan. Tiba-tiba terpacul satu soalan, "Awak Brunei ye?" Saya beritahu ummi, selepas ini saya a...

Imam Besar datang UIA :)

Sungguh beruntung warga UIA hari ini kerana dapat mendirikan solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah di bawah pimpinan seorang ulama ulung Al-Shaikh Muhammad Abdul Kareem, seorang ulama dari Sudan yang merupakan pakar dalam bidang al-Quran. Beliau merupakan guru kepada Al-Shaikh Maher al-Mu'aiqly, Imam Masjidil Haram dan guru kepada guru hafazan al-Quran di UIA, Al-Shaikh Dr. Yusuf Adam al-Badani. Ketika mengimami solat fardhu Maghrib tadi, Al-Shaikh membacakan ayat yang membicarakan tentang 'Ibadurrahman. Berikut merupakan beberapa isi penting tazkirah Maghrib tadi. 1- Al-Shaikh menghuraikan tadabbur ayat berkaitan 'Ibadurrahman. 2- Semua makhluk adalah hamba Allah, akan tetapi dinisbahkan manusia yang mempunyai ciri-ciri tertentu sebagai hamba kepada Al-Rahman, iaitu hamba kepada Tuhan yang Maha Luas RahmatNya. Ini menunjukkan keistimewaan mereka yang mempunyai ciri-ciri tersebut. 3- Mereka dipanggil hamba-hamba Ar-Rahman kerana ciri-ciri tersebut dicapai h...

Kenangan bersama Murabbi

Image
Murabbi ibarat lilin yang membakar diri, demi menerangi kegelapan. Minggu lepas, semester dua telah melabuhkan tirai dan segalanya memberi aku seribu satu makna yang sukar diterjemahkan kepada bait-bait tulisan. Aku menulis bukan untuk menjual nama-nama pensyarah UIA tetapi cukuplah ia menjadi asbab agar aku tetap ingat lembaran kehidupan yang amat mahal ini. Menjadi anak murid kepada guru yang telah berguru dengan puluhan guru yang diiktiraf keilmuannya - sering membuat aku tertanya, "Apakah aku boleh mengulangi semula kelas-kelas yang cukup berharga ini? Apakah aku akan diberi peluang untuk menuntut ilmu dari mereka lagi?" 1. Dr Muntaha. Seorang ustaz yang pakar dalam ilmu Fiqh dan Usul Fiqh. Hari pertama dalam kelas, ustaz tunjuk sijil-sijil akademik sejak ustaz belajar di Indonesia sehinggalah ke Madinah - semuanya 'Mumtaz Al-Awwal'. Bila ustaz sambung Master dan PHD pula, pointer ustaz tak pernah bawah daripada 3.90. Sejak hari pertama...