Di Sebalik 24 Tahun
Ketika usia ini menginjak 24 tahun, aku seperti hilang kata-kata untuk mengungkapkan apa yang aku rasa. Bercampur baur perasaan sebak, syahdu, malu, berkobar-kobar dan tekad untuk menjadi sosok yang lebih mulia di sisiNya.
Saat aku melihat batu bata kehidupan yang telah ku lalui, pahit manis yang telah ke telusuri, jatuh bangun yang silih berganti – ternyata Tuhan Maha Kaya dan Maha Seni dalam mengirim hikmah di setiap sisipan umurku.
Namun begitu, di saat aku ingin mengukir senyuman dan menjerit, ‘Yeahh, I’m survived for 23 years ago!! Congratulations my dear self’,
Tiba-tiba tercetus persoalan di benakku, ianya berlegar-legar seligat kipas berkelajuan maksima,
“Jika seorang Muallaf mengira umurnya, tiadalah yang lebih berharga dalam usianya kecuali sejak detik pertama lisannya melafazkan syahadah. Seluruh kehidupan bergerak dari kegelapan menuju cahaya, dari kekeliruan menjadi jelas dan nyata, dari kesempitan berubah saat yang bahagia, dari jalan yang bersimpang siur, akhirnya terarah dan meyakinkan. Amalnya punya nilai dan tatacara. Hidup penuh rasa mulia, meski dipandang hina oleh manusia. Untungnya Muallaf itu – dia suci bak kain putih kerana ISLAM, meskipun umurnya melepasi zaman keremajaan.
Sedangkan aku, lahir sejak kecil dalam suasana ISLAM, membesar dengan didikan ISLAM, mempunyai ibu bapa yang pentingkan ISLAM, bersekolah dan belajar tentang ISLAM sejak 23 tahun yang lalu..
Sudah sekuat apa aku mempertahankan imanku?
Sudah sekuat dayakah aku memelihara ketaqwaanku?
Sudah sehabis usahakah aku menyampaikan dakwah buat insan sekelilingku?
Sudah sejujur apa aku menangisi dosa-dosaku?
Sudah segigih apa aku melawan godaan nafsu?
Sudah sebesar mana penghargaanku kepada mereka yang mencintaiku? Yang siang malam panjatkan doa untukku, yang sudi terima dan baiki sikap burukku, yang sudi menuntunku ke RedhaMu..
Ya Ilahi, 24 tahun ialah usia yang amat panjang. Terimalah segala amalku. Ampunilah aku atas dosa yang lalu dan akan datang. Peliharalah aku dari sebarang kesia-siaan, ketika sendiri mahupun dalam keramaian. Matikan aku dalam iman. Bekali aku dengan taqwa. Terima kasih Allah, pinjamkan nyawa hingga ke detik ini, moga pertemuanku denganMu ialah pertemuan kekasih yang saling merindukan.
Terima kasih juga buat semua yang pernah hadir dalam hidup. Dunia ini sangat terasa indah kerana wujudnya manusia sepertimu. Semoga Allah merahmati aku, kamu dan kita semua. Amin.
Nurul Husna,
19.01.96 – 19.01.20

![]() |
Seperti mana bunga memerlukan waktu untuk mengembang dengan cantik, begitu jugalah aku memerlukan waktu melalui pengalaman yang mematangkan diri. |
Comments
Post a Comment