Rindu Arwah.
Ini memori semalam, namun ku cuba menulis sedikit coretan, demi mengemis doa-doa yang ikhlas daripada pembaca-pembaca sekalian.
Hiba hati di saat membaca mesej ini di pagi Jumaat, jam 4.30 pagi. Mataku lantas segar, tanpa perlu dipercikkan air lagi.
******
Bukan mudah melupakan memori indah bersamanya. Pemergiannya beberapa bulan lalu, masih ku rasa "baru semalam". :')
Allahu akbar! Bukan mudah memujuk hati yang rindukan sahabat yang sudah arwah, namun akan ku terus menerus lunakkan jiwa dengan sangka baik pada Allah. Aku yakin, sebagaimana orang-orang soleh merinduinya, begitu juga malaikat-malaikat penghuni langit.
Sebuah kenangan lagi ketika aku bergegas ke kelas, dan rakan-rakan lain sibuk membeli makanan di cafe..
Seringkali ketika bibirku pecah dek mata ikan (ulser) yang banyak, aku mengimbau keindahan pekertimu di saat diuji sakit yang sama denganku.
.
Itu kebiasaannya. Dia datang seolah-olah hanya untuk mendengar nasihat. Dia datang untuk menunjukkan dia lemah, tolong dirinya. Sungguh, itulah keperibadian yang tidak ada pada kebanyakan orang. Sangat rendah diri dan lembut hatinya.
Ini catatan Anis Nabila, rakan seperjuanganku sepanjang perkenalannya dengan arwah Zaf sehinggalah hari dia dikebumikan. Sunnguh hebat Allah pilih kematian ahlul Quran. Meskipun banyak lagi memori bersamamu yang tak ingin aku lupakan, cukuplah tiga dahulu untuk entri kali ini. Semoga Allah mengirimkan kekuatan buatku, buat rakan-rakanku serta keluarganya yang sedang menanggung rindu..
Aku yakin, kesabarannya pasti Allah pandang, begitu juga kesabaran kedua ibu bapanya yang ditakdirkan 3 beradik meninggal dunia dalam jarak waktu yang dekat. Belum sempat hilang duka kehilangan seorang anak, ditambah lagi kehilangan 2 orang anak, Allahu akbar. Aku berdoa agar Allah menghantar sebanyak mungkin asbab yang dapat memujuk hati kedua ibu bapanya. Pujuklah hati mereka, ya Allah. Hanya Allah tempat bersandar segala kekuatan, hanya Allah pengukuh jiwa hamba-hamba yang beriman.
Aku bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan insan hebat sepertinya. Mungkin saja dia sedang bergembira,bergurau senda dan menikmati hidangan bersama bidadari-bidadari di Syurga sambil menunggu kehadiran adik-beradiknya yang lain. Allah...cemburunyaa. Mudah-mudahan Allah terus memelihara dan manjaga bumi Malaysia dengan hamba yang benar-benar berubudiyah kepada-Nya.
.
.
_________
Tepuk dada, tanya iman. Apakah masih sensitif jiwa kita dengan pesanan Ilahi? Adakah cukup sekadar mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun pada setiap berita kematian yang sampai ke telinga ini? Atau, hati sudah mati? Na'uzubillahi min zalik.
Sungguh, perasaan orang beriman itu cukup halus. Bukan sekadar lidah dan mulutnya menuturkan 'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan', namun jiwanya bergementar takut, resah dan risau akan nasib dirinya yang masih kurang dengan amal dan kurang usaha untuk memperbaiki amalannya. Bak kata seorang temanku, 'Orang-orang baik pergi dahulu'. Nah, lantas kita bagaimana??!
Semoga ALLAH mengurniakan kita waktu yang barakah agar kita dapat mengoptimakan sisa-sisa kehidupan ini dengan amal-amal yang berkualiti dan amal yang diterima olehNya.
Ya, usaplah air mata dan mari kita teruskan kerja-kerja membangun iman dalam diri manusia.
Akhir kata, gembirakan diri kalian dengan beramal, agar kita semua terpilih untuk bergembira bersamanya. In Shaa Allah.
Al-Fatihah buat Zafirah Haziqah bt Hj Mohamad. (sahabatku), Zafirah Nabihah bt Hj Mohamad. (kakaknya), dan Zafirah Afiqah bt Hj Mohamad (adiknya).
Hiba hati di saat membaca mesej ini di pagi Jumaat, jam 4.30 pagi. Mataku lantas segar, tanpa perlu dipercikkan air lagi.
AL-FATEHAH BUAT ZAFIRAH AFIQAH BINTI HJ MOHAMAD.
Adik kepada arwah Zafirah Nabihah & arwah Zafirah Haziqah.
SEMOGA ALLAH TEMPATKAN ROH MEREKA DIKALANGAN ORANG BERIMAN DAN SOLEHAH..AMIN..
Sama2 doakan MOGA ALLAH BERIKAN KETABAHAN dan KEKUATAN UNTUK KELUARGA MEREKA..AMINNN
Sma Shamsuddiniah
MaahadJohor
Batch 97
#5JAN2017 PIKA
#20MEI2016 ANGAH
#25JUN2016 ALONG..
AL-FATEHAH.
******
Bukan mudah melupakan memori indah bersamanya. Pemergiannya beberapa bulan lalu, masih ku rasa "baru semalam". :')
"Husna..tasmikkan kita, kita tak biasa tasmik dengan orang lain..", bergenang-genang air mata apabila teringat permintaannya, hingga tak mampu aku meneruskan bacaan al-Quranku.Terbayang-bayang wajahnya, gerak gerinya di sebelah, sambil menghulurkan Al-Quran untuk dia tasmik. Dialah teman tasmik al-Quranku sejak di Darul Quran sehingga Allah mengambil dia.
'Teruskanlah pembacaanmu. Sehinggakan ayat-ayat syurga mengubatimu', monologku dalam hati.
Allahu akbar! Bukan mudah memujuk hati yang rindukan sahabat yang sudah arwah, namun akan ku terus menerus lunakkan jiwa dengan sangka baik pada Allah. Aku yakin, sebagaimana orang-orang soleh merinduinya, begitu juga malaikat-malaikat penghuni langit.
***********
Sebuah kenangan lagi ketika aku bergegas ke kelas, dan rakan-rakan lain sibuk membeli makanan di cafe..
"Husna..!! Sini kejap.. nak tasmik kejap je.", lantang suaranya memanggilku dari jauh.Segera aku mengalihkan wajah ke arahnya,
"Hah, nak tasmik apa? Kenapa kelam kabut sangat ni?", ujarku kehairanan melihat kesungguhannya.
"Tak..saya nak tasmik Surah Taha. Sekejaap je, boleh ye?"
"Boleh-boleh", aku menyambut al-Qurannya dengan penuh rasa malu. Alangkah gigihnya dirimu memelihara hafazan al-Quran walau dalam celah-celah waktu yang sering dilupakan oleh ramai manusia.
"Alhamdulillah..terima kasih Husna. Saya nak pergi kelas ni. Asalkan saya tasmik dalam sehari..", katanya sebaik habis tasmik dengan wajah gembira , lalu dia bergegas ke kelas setelah bersalam dan memelukku. Sungguh, kesungguhanmu memelihara al-Quran ketika hidupmu adalah saham di kubur yang menjagamu ketika matimu. Bergembiralah kau di sana, Zaf.Aku sering merinduimu dengan Al-Quranmu. Setiap kali memandang al-Quranku, pantas hati ini berdetik, 'Inilah al-Quranku yang sama warna dengan Zaf, warna purple'
****************
Dahulu, ketika aku berjalan di sebelahnya, dia rajin bercerita. Ada saja cerita barunya, cerita tentang telatah adik-beradiknya yang comel, cerita tentang isu terkini, cerita tentang makanan nak beli petang nanti dan banyaak lagi. Antara cerita yang masih tersimpan kemas dalam ingatanku ialah cerita umminya kepadanya.
"Husna..awak nak tau tak satu cerita kawan mak kita?"
"Nak-nak", jawabku teruja
"Ada sorang kawan mak kita kan.. dia suri rumah sepenuh masa, tapi boleh mengulang al-Quran 3 Juzuk sehari. Kita tak sibuk macam suri rumah pun, tapi selalu susah nak mengulang. Macamana awak mengulang ye?"
"Masya Allah.. suri rumah mengulang 3 Juzuk sehari? Hebat betul ni. Allah, awak jangan tanya saya.. saya jauh lagi", jawabku jujur.Kisah itu sangatlah menginspirasi diri ini. Kadang terfikir, Zaf pun masih mencari cara nak mengulang al-Quran, tapi dia selalu rendah diri dan nak sama-sama berkongsi motivasi denganku. Betapa prihatin dan sayangnya dia padaku. Allahu akbar.
*********
Seringkali ketika bibirku pecah dek mata ikan (ulser) yang banyak, aku mengimbau keindahan pekertimu di saat diuji sakit yang sama denganku.
.
"Awak..mulut saya sakit..ada 5 mata ikan", katanya sambil membaca perlahan ayat-ayat al-Quran.
"Allah..", kepedihan di mulutnya turut terasa di mulutku.
"Dah letak bonjela?"
"Dah", katanya sambil mengangguk.
"Minum air banyak-banyak awak..kalau tak cukup ambik kat bilik saya", ujarku memandangkan aku suka menyimpan stok air berkotak-kotak dan sering menjadi pembekal air dalam kebanyakan aktiviti.
"Saya dah banyak minum air. Harini je dah 5 botol", katanya sambil menelan air liur.
'5 botol? Banyaknya zaf. Aku pun tak sebanyak tu minum. Zaf selalu mengalahkan aku dalam bab-bab usaha. Sungguh kental jiwanya...'Kadang-kadang dia jawab :
"Takpe, saya dah isi air. Kejap lagi nak isi lagi"
"Sabar ye awak..banyak pahala awak", kataku sambil memeluk jasadnya. Tubuhnya kecil sahaja, namun kebesaran jiwanya dirasai oleh orang di sekelilingnya.Setelah itu, dia akan mengangguk dan sambung bacaan al-Qurannya atau pergi ke tempat lain atau pulang ke biliknya.
Itu kebiasaannya. Dia datang seolah-olah hanya untuk mendengar nasihat. Dia datang untuk menunjukkan dia lemah, tolong dirinya. Sungguh, itulah keperibadian yang tidak ada pada kebanyakan orang. Sangat rendah diri dan lembut hatinya.
************
http://nabilasam.blogspot.my/2016/05/sebuah-kematian-yang-menghidupkan.html?m=1
Sejak awal bulan Mac 2016, dia diuji dengan kesakitan. Hari demi hari, sakitnya semakin bertambah parah sehingga kurus tubuhnya. Ketika aku menziarahinya, masihku ingat tangannya yang kurus, sampai terasa tulang di dalamnya. Allahh. Sejak itu, kerapkali dia bermesej atau menelefon untuk menghantar update kesihatannya, namun kadang dia tidak membalas dek keletihan yang melampau. 'Tak larat katanya..'
Ini catatan Anis Nabila, rakan seperjuanganku sepanjang perkenalannya dengan arwah Zaf sehinggalah hari dia dikebumikan. Sunnguh hebat Allah pilih kematian ahlul Quran. Meskipun banyak lagi memori bersamamu yang tak ingin aku lupakan, cukuplah tiga dahulu untuk entri kali ini. Semoga Allah mengirimkan kekuatan buatku, buat rakan-rakanku serta keluarganya yang sedang menanggung rindu..
Aku yakin, kesabarannya pasti Allah pandang, begitu juga kesabaran kedua ibu bapanya yang ditakdirkan 3 beradik meninggal dunia dalam jarak waktu yang dekat. Belum sempat hilang duka kehilangan seorang anak, ditambah lagi kehilangan 2 orang anak, Allahu akbar. Aku berdoa agar Allah menghantar sebanyak mungkin asbab yang dapat memujuk hati kedua ibu bapanya. Pujuklah hati mereka, ya Allah. Hanya Allah tempat bersandar segala kekuatan, hanya Allah pengukuh jiwa hamba-hamba yang beriman.
Aku bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan insan hebat sepertinya. Mungkin saja dia sedang bergembira,bergurau senda dan menikmati hidangan bersama bidadari-bidadari di Syurga sambil menunggu kehadiran adik-beradiknya yang lain. Allah...cemburunyaa. Mudah-mudahan Allah terus memelihara dan manjaga bumi Malaysia dengan hamba yang benar-benar berubudiyah kepada-Nya.
.
.
_________
Duhai sahabat-sahabaku yang masih dpinjamkan waktu dan nyawa sebuah kehidupan,
sesungguhnya mati itu pasti. Pesanan mengenai kematian ini bukan pesanan yang baru diperingatkan hari ini, tetapi ia pesanan Ilahi sejak 1400 tahun yang lalu lagi.
Firman Allah swt yang dalam Surah Al-Ankabut ayat 57 :
******
Duhai sahabat-sahabatku,
bukankah kita juga sering menitikan ayat 2 dari Surah Al-Mulk ini di bibir sebelum tidur ?
Sungguh, perasaan orang beriman itu cukup halus. Bukan sekadar lidah dan mulutnya menuturkan 'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan', namun jiwanya bergementar takut, resah dan risau akan nasib dirinya yang masih kurang dengan amal dan kurang usaha untuk memperbaiki amalannya. Bak kata seorang temanku, 'Orang-orang baik pergi dahulu'. Nah, lantas kita bagaimana??!
Semoga ALLAH mengurniakan kita waktu yang barakah agar kita dapat mengoptimakan sisa-sisa kehidupan ini dengan amal-amal yang berkualiti dan amal yang diterima olehNya.
Ya, usaplah air mata dan mari kita teruskan kerja-kerja membangun iman dalam diri manusia.
Akhir kata, gembirakan diri kalian dengan beramal, agar kita semua terpilih untuk bergembira bersamanya. In Shaa Allah.
Al-Fatihah buat Zafirah Haziqah bt Hj Mohamad. (sahabatku), Zafirah Nabihah bt Hj Mohamad. (kakaknya), dan Zafirah Afiqah bt Hj Mohamad (adiknya).
P/S : Banyak lagi sebenarnya rakan-rakanku yang menulis tentatng dirinya. Boleh sertakan link di bahagian komen. Semoga kisah hidupnya banyak memberi manfaat buat kita yang masih hidup dan berjalanlah pahala amal jariahnya. Amiin.
Almarhumah di H💗TIKU.
ReplyDeleteAku mahu meniru amalan ahli syurga. Ya Rahman, bantulah aku utk ikhlas beramal dan rezekikanlah aku husnul khatimah.
Hati ini kerap beri harapan, bahawa aku akan berjumpanya lagi. Namun, rupa2nya dia semakin hampir kpd pengakhiran hidupnya. Dan kini, dia telah pergi buat selama-lamanya.
Ye, wahai hatiku. Teruslah berharap untuk berjumpa. Walau bukan di dunia, di syurga sana. Aku yakin engkau ahli syurga. Aku yakin engkau vvip Allah.
Aku selalu merungut. Tapi engkau banyak beristighfar. Aku selalu mengeluh. Tapi engkau banyak bertasbih. Kesabaranmu mendidikku untuk jauh lebih sabar dan kental hadapi hari2 seterusnya💪
Pertemuan dgn ibunya amatlah menyentuh hati.
"Mkcik dah redha akan pemergiannya. Bahagia sgt bila dia pergi dlm keadaan baik. Moga2 dia terhindar dari seksa kubur"
"Amiin2..", kami mengangguk setuju.
"Memang ada rasa sedih, tp mkcik bahagia. Mkcik yakin, dia pinjaman Allah. Dulu, masa adik dia sakit, dia yang jaga. Setiap kali cuti, dia tak pernah plan kerja ke apa, dia cuma nak bantu keluarga, jaga adik2. Bila dia balik, bolehla mkcik pegi buat dakwah. Haritu, 2 bulan mkcik pergi", terang mkcik kpd kami.
"Mkcik selalu dakwah ke libya. Banyak juga air mata mengalir tengok masyarakat di sana..umat Islam harini hanya sekadar Islam, tapi takde amal. Alfatihah pun ramai lagi tak tau baca", suara mkcik semakin sebak.
"Dialah satu2nya anak mkcik yg hafizah Alquran. Tapi dia dah pergi dulu...Allah sayang dia. Alhamdulillah ada sorang adik dia baru nak mula menghafal😢", ayat2 mkcik semakin menusuk jiwa.
"Satu kata2 ayah dia, alquran yang dia hafal tu ibarat insuran dia di kubur. Itulah harta dunia akhirat..", air mata kami terus deras mengalir.
"Anak2..jaga ye hafazan alquran kamu..kena jaga..kena jaga..hafazan aq yg kita hafal mudah sgt boleh boleh hilang", nasihat demi nasihat membekas di hati kami.
"Haritu mkcik cakap kat dia..mcmn awak ni..sakit2 lagi..kita semua kena buat persiapan sebelum Ramadhan ni..dia senyum je", senyum mkcik walau mengalir2 air mata di pipinya.
Demi Allah, hari ini aku menyaksikan seorang ibu yang redha kpd anaknya. Pastinya, redha Allah juga bersamamu.
Aku juga menyaksikan seorang kakak yg telah byk berkorban utk ahli keluarganya, seorang teman yg disenangi teman2 di sekelilingnya.
Tenanglah dikau dengan amal solehmu. Cemburu aku kpdmu. Syurga menanti kehadiranmu.
AlFatihah buat Zafirah Haziqah bt Mohamad. 20 mei 2016 (Jumaat), tamatlah sudah kehidupan duniamu dan bermulalah kehidupan alam kuburmu.😢
Semoga kuburmu adalah taman dari taman2 syurga yg mengubat segala derita dan penat lelahmu selama di dunia💕
http://stickynotesku.blogspot.my/2016/05/it-will-be-alright.html
ReplyDeletehttp://stickynotesku.blogspot.my/2016/12/memori-cfs-bersama-zaf.html
ReplyDelete