Bangkitlah, duhai adik


'HARUSKAH AKU MENGALAH? SEKALI-KALI TIDAK!! AKU YANG DULU, BUKANLAH YANG SEKARANG'

YE..SEHARUSNYA AKU MULA MELANGKAH DAN TERUS MELANGKAH.
.
Aku yakin, inilah monolog hati mereka yang pernah merasai pahitnya 'jatuh' atau 'gagal', lalu ingin bangkit memperbaiki diri. Di sini, kakak coretkan sedikit motivasi. Mudah-mudahan, kau kuat dan bangkit menempuh jalan ini.

Kerana kau Pemuda!

Bismillah.

Buatmu adik,
Terima kasih atas segala-galanya kerana pernah hadir menceriakan hari-hari kami & menjadi cebisan memori dalam hidup kami..
Moga Allah membalas segala kebaikanmu💖

Maafkan diri ini jika tak menjadi kakak yang baik dan membimbing ke jalan yang benar.

TAHNIAH & SYABAS kerana pernah berjuang di medan ilmu! Walaupun zahirnya seperti gagal namun hakikatnya kau sedang bangkit dari sebuah kegagalan. Ingatlah, medan juang akan sentiasa ada.. teruslah melalui jalan ini dengan hati yang tabah dan kuat! Kami yakin kau mampu, cuma kau perlu waktu.

Adikku tercinta..💓
Usia kita terlalu mahal untuk disia-siakan..lebih-lebih lagi sia-sia dengan air mata. Ayuh, bangunlah rangka semula target belajar. Rancang semula perjalanan yang perlu kau mulakan... hingga suatu hari nanti, kau adalah pakar dalam sesuatu bidang dan mampu membantu sesiapa yang memerlukan bantuan..

Apa yang telah berlaku, jadikan pengajaran. Anggaplah ia sebagai batu loncatan yang mampu membawa kau jauh lebih cemerlang dan hebat. Ingat pesan ummi, kegagalan adalah pintu gerbang kejayaan. Semoga kesilapan-kesilapan lalu menjadi pengalaman yang mendidik agar kau tidak ulangi kesilapan yang sama..

Jujurnya perpisahan ini sakit
Kerna tunas kebersamaan kita sangatlah singkat dan tiada yang pahit
Akan kami rindu tawa guraumu
Akan kami rindu perkongsian-perkongsian hidupmu
Akan kami rindu solat jemaah bersamamu
Akan kami rindu kelunakan bacaan al-Quranmu
Akan kami rindu kemeriahan meja makan bersamamu
Akan kami rindu tidur bangun yang tidak menentu dek kegigihan menuntut ilmu bersamamu
Akan.. kami.. rindu.. 

Semoga kau terus bangkit di sana, wahai adikku
Bina azam baru dan terus maju
Kami sokong setiap saat dan waktu
Asalkan kau tidak mengalah dan mengaku buntu

Tetaplah berdoa dan berusaha setiap waktu
Gagal kali ini bukan penentu masa depanmu
Ayuh, kobarkan hamasahmu
Buktikan kau boleh kerana Yang Maha Satu

Tetapkan juga dirimu dalam Dakwah dan Tarbiyah, kerana tanpa tarbiyah kita pasti rebah dan inilah jalan hakiki yang akan membawa kita ke Jannah..

Moga kita bertemu lagi, di lain hari & di syurga firdausi. 

In shaa Allah. Amiin.

____________

Buat renungan kita bersama, kakak kongsikan sebuah mutiara kata yang pernah memujuk hati kakak suatu ketika dahulu..
Tidaklah ALLAH menutup satu pintu ke atas hambaNya (dengan hikmahNya) kecuali Dia telah membuka dua pintu dengan rahmatNya. -Ibnul Qayyim

Comments

Popular posts from this blog

:: Sekilas tentang Wattpad ::

Rindu Arwah.

Ummi..