Believe with the power of words

Bila kita diuji dengan ujian yang berat, bisikkan kepada diri kita,
(Dengan memanggil nama sendiri -contoh nama kita Husna)
"Husna.., kamu hamba Allah!"
"Husna.., kamu hamba Allah!"
"Husna.., kamu hamba Allah!"

Ucaplah walau berulang kali, sehingga kita benar-benar merasai 'Hakikat Kehambaan'. Ucaplah dengan sepenuh jiwa meskipun sehingga mengalirkan air mata. Ucaplah demi melahirkan rasa cukup dengan apa yang ada. Aku hamba Allah!

Kita akan jadi lemah, bila kita terlari dari kompas kehambaan. Bila kita sedar kita hamba, kita akan terima bahawa 'tak semua benda kita suka dan tak semua benda kita dapat'. Kita diuji kerana bukti kasih sayang Allah kepada kita.

Bila dalam keadaan teruji, jangan biarkan diri kita tidak mendengar ucapan-ucapan motivasi. Kuatkan diri kita dengan kuasa perkataan (the power of word).

Sebagai contoh, katakanlah dan bisiklah pada diri..
"Wahai Husna.., kamu hamba Allah. Kamu memang diciptakan untuk diuji oleh Allah. Setiap kali diuji oleh Allah, bersabarlah.."

Jika kata-kata motivasi daripada diri sendiri tidak mampu menghilangkan duka dan membuahkan harapan, hati masih terus merasa hiba, maka lihatlah bagaimana Allah memujuk Rasulullah ketika berduka dengan kaumnya. Allah menghadiahkan pengembaraan Israk Mikraj khusus buat kekasih agungNya💕

Dalam peristiwa Israk dan Mi'raj, Allah perlihatkan kepada Rasulullah saw bahawa para anbiya', kekuatan mereka adalah solat. Kenapa solat?

Kerana, untuk sentiasa bersemangat, perlu pastikan kita ada hubungan yang vertically (hablumminallah) dan horizontally (hablumminannaas).

Dalam solat yang dihayati, Allah membekalkan kekuatan buat jiwa yang berhajat kepadanya. Hubungan vertically (hablumminallah) inilah yang paling penting. Bersujudlah dan berdoalah.
Sujud itu elemen penting untuk rasa kehambaan kepada Allah dan rasa ketenangan saat diuji. Doa pula senjata bagi setiap yang beriman. Doalah dengan air mata, Allah pasti mendengar setiap rintihan dan rayuanmu. In shaa Allah.

Setelah jiwa kita merasai ketenangan dan kebergantungan pada Tuhan, biasanya Allah akan menggerakkan hati kita bertemu dengan insan-insan yang membantu proses membina kekuatan. Ya, berjumpalah dengan mereka yang pernah melalui jerih perih perjuangan. Kutiplah sebanyak mungkin mutiara motivasi daripada mereka. Sebagai contoh, tokoh-tokoh masyarakat, ibu bapa kita (jika masih ada), ustaz atau ustazah atau sesiapa sahaja yang kita kenali sangat bersungguh dalam memelihara kekuatan hubungan mereka dengan Allah. Bertemulah direct dengan mereka seperti mengadakan adegan minum kopi, ziarah rumah atau bermusafir bersama mereka.

Manfaatkan fasa-fasa diuji untuk mengenali diri dan Pencipta. Sampai suatu titik, kita akan menangis insaf dek menyedari luasnya lautan rahmat dan cinta Allah buat kita. Betapa malunya kita kerana selama ini hidup dalam kelalaian yang penuh noda dan dosa, lalu Allah memanggil kita dengan ujian demi ujiannya..

Subhanallah. Alhamdulillah💕😢

Nurul Husna
8 Jan 2016
10.00pm, rumah.


*bila cuti nak habis ni, makin banyak perkara2 best yang inspirasikan diri dapat dari pengalaman orang sekeliling. Rasa nak cuti lamaa lagi, tapi dalam masa yang sama, x sabar nak teruskan pengajian lagii. Moga Allah bimbing perasaan ini agar benar-benar dalam rangka mendekatkan diri kepadaNya, menggilap potensi dan mengikis kelemahan2 diri. In shaa Allah!

Comments

Popular posts from this blog

:: Sekilas tentang Wattpad ::

Rindu Arwah.

Ummi..