Lafaz Itu


"TERIMA KASIH...basuhkan pinggan saya"
.
"TERIMA KASIH...basuhkan pinggan saya"
.
"TERIMA KASIH...basuhkan pinggan saya"
.
Ye, itulah kalimat yang bertalu-talu menyinggah ke gegendang telinga. Tergeletek lucu setiap kali dihargai seperti itu. Jiran depan rumah, belakang rumah, selang dua, tiga dan empat buah rumah, malah hampir semua penduduk Taman Kota Raja melafazkan kalimat itu. Haha. Itu tandanya, saya tidak dibenarkan berhenti basuh pinggan.
.
Pakcik dan makcik, terima kasih atas peluang ini. Meskipun penat seorang #anakkampungjawa bermandi peluh membersihkan pinggan mangkuk, tidak ternilai rasanya tautan ukhuwah yang mula terbina.
.
Sejak kecil saya membesar di sini, baru hari itu saya dapat menganalisa gelagat istimewa yang wujud dalam diri jiran-jiran saya. Begitu hebat Mak Ngah mengadun resepi setiap jenis makanan. Rasa sambal petai yang umpph tak dapat saya lupakan sampai saat ini. Tempoyak Makcik Yati juga tak kurang 'class'nya. Sup daging, rendang daging, bihun goreng, sayur udang, pudding, cucur empuk, spaghetti, karipap, roti jala dan koslo buatan Wan lagi.. ya Allah enak-enak semuanya..

.
Ketika duduk santai-santai bersama anak-anak jiran yang lain, baru tersedar begitu lama kita tidak bersua muka sambil berkongsi cerita. Ada yang baru muncul dari perantauan di Jordan, setelah 4 tahun lamanya di sana. Ada juga yang baru perkenalkan nama aslinya. Tak kurang juga, ada yang sudah berjaya menyambung pelajaran di peringkat master, malah sudah kerja. Tinggal kahwin je belum lagi. Hehe. Masing-masing sudah semakin manis jelita, juga segak bergaya.
.
Antara momen yang mengujakan saya ialah melihat warga Bangladesh melapah lembu. Punya tinggi kapak dia hayun, tapi tak terpelanting pun daging yang dipukul. Pakcik sebelah beliau yang melayu pun, sekejap sekejap tercampak dagingnya ke arah lain. Haha.
.
Momen lain pula adalah bersama Pakcik Mat Noor. Jaguh suara paling lantang abad ini. Pantang sesiapa yang kali pertama lalu di hadapannya, akan dipanggil sekuat hati, dijemput makan semua juadah yang enak tak terperi..


Ha.. inilah 2 ekor lembu yang telah siap disembelih! Menunggu untuk dilapah pula


Senyuman bahagia seorang pakcik dapat melapah lembu bersama jiran-jiran

Sulaiman dengan kapaknya

Kerja-kerja melapah selesai..


Pakcik Mat Noor (kiri) dan Ustaz Malik. Dua orang yang sentiasa murah
senyuman dan mesra dengan semua orang.

   
Pakcik Mat Noor memberi tunjuk ajar anak muda menimbang daging-daging


  
Daging-daging diagihkan pula ke rumah jiran tetangga

Makcik Manja yang sempoi (kiri). Beliaulah Ketua Wanita di taman ini. Nak makan sedap, boleh ketuk pintu rumah beliau, hehe.. Di sebelahnya pula, Ustazah Aina Sabariah, seorang yang sangat fasih berbahasa Arab dan Bahasa Perancis. Beliau pernah dijemput secara berkala menjadi pengajar di radio IKIM tau. Kalau nak test power ke tak Bahasa Arab, boleh cuba sembang dengan beliau! Haha.


Anak-anak muda dan makcik-makcik sedang gigih menyiapkan rempah ratus



Potong bawang besar, bawah putih dan sayur-sayur..



 

Alhamdulillah.. dapat juga bergambar dengan Mak Ngah. Chef Taman Kota Raja..


Makcik-makcik yang baik hati lagi peramah sedang masak beramai-ramai. Wan pun ada..

Nikmatnya memasak sesama jiran tetangga kan?

Nyum3.. inilah gulai kawah


Malam itu, kami berBBQ ramai ramai. Ada ayam dan daging. Berasaplah satu Taman Kota Raja buat seketika, bagi meraikan ikatan ukhuwah antara kami yang sedang mekar terbina.
.
Sedang jiran sesama jiran rancak berbual...wujud manusia yang rela berhenti makan..

Di bawah rembulan cahaya bulan,
Tiga anak dara membasuh pinggan.

Ye...tiga anak dara itulah manusia yang melucukan! Sengaja melenyapkan diri dari suasana keramaian, memanfaatkan masa basuh pinggan untuk saling berkenal-kenalan. Tak sangka pula, ada pakcik yang terbayang-bayang longgokan pinggan selepas makan, lalu berlari-lari sambil berkata :

"Habislah.. esok kena ada kontrak basuhkan pinggan..!!"

Saya senyum, lalu menghampiri pakcik,
"Pinggan dah habis basuhlah pakcik. Licin dahh"

Segera pakcik melihat kawasan pinggan diletakkan, lalu tersenyum sipu-sipu malu wajahnya. Betullah pinggan  mangkuk telah habis dibasuh.

Sebelum pulang, semua saling bersalaman sambil mengucapkan TERIMA KASIH..! Sebuah kalimat yang sering lekang di bibir insan, tetapi mahal di hati orang budiman.






Makcik-makcik Taman Kota Raja. Berseri-seri wajah mereka selepas membaca Yasin beramai-ramai :).


Alhamdulillah, saya bersyukur dikurniakan jiran sehebat dan sebaik mereka. Tanpa mereka, siapalah saya. Semoga suasana seperti ini akan berterusan dalam setiap sambutan Raya. Amiin.

#kenanganAidilAdha.

N.H.
2 Sept 2017.

Comments

Popular posts from this blog

:: Sekilas tentang Wattpad ::

Rindu Arwah.

Ummi..