Mengapa RAMADHAN ini menjadi bulan yang sangat H.E.B.A.T?
Hakikatnya, kita
berinteraksi dengan Islam ini menggunakan akal (fikrah) kita. Kita berinteraksi
dengan Islam menggunakan hati dan perasaan kita. Oleh kerana itu, antara
perkara yang paling susah ialah memindahkan perkataan menjadi perasaan.
Sungguh, tidak susah mengungkapkan perkataan. Apa yang kita baca, kita ingat
dan kita cakap balik. Tetapi nak menukarkan perkataan itu menjadi perasaan,
bukanlah sesuatu yang mudah.
Bagaimana sebenarnya
hati kita dengan Ramadhan? Adakah Ramadhan merupakan tradisi ataupun
sebagaimana hebatnya Ramadhan itu dirasai oleh hati kita? Adakah Ramadhan tidak
ada beza dengan bulan lain ataupun kita memang merasai perbezaan itu? Rasanya
itu dirasai oleh kita.
Kalau dipertuturkan,
ramai orang boleh pertuturkan, tetapi tidak ramai orang yang merasai apa yang
dipertuturkan. Tarbiyah ni adalah tarbiyah rasa juga. Tarrbiyah yaqin, tarbiyah
cinta, tarbiyah takut adalah sesuatu yang perlu kita rasai.
Allah berfirman dalam Surah
Al-Baqarah :
183. Wahai orang-orang yang
beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang
dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Perintah ini adalah perintah
yang memang dikhususkan untuk orang yang beriman. Ayat yang diturunkan terlebih
dahulu sebelum Perang Badar dan Ramadhan ini sendiri ada banyak peperangan yang
dilalui oleh para sahabat.
“Mudah-mudahan kamu
bertaqwa” itu harapan yang dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman
untuk sampai kepada stesen Taqwa. (jika kita laksanakannya dengan betul). Kita
perlu ingat, hidup kita adalah perjalanan satu stesen ke satu stesen untuk
sampai kepada Allah swt. Ibn Qayyim menggunakan istilah ‘manzilah’ atau stesen,
yang mana kita perlu sampai ke stesen itu. Perjalanannya sukar, namun kita
tidak ada pilihan lain melainkan untuk melaluinya, sehinggalah akhirnya kita
sampai ke syurga Allah swt. Kita perlu secara sedar untuk merasai Ramadhan ini.
Kita tidak tahu, mungkin tahun depan tidak ada lagi Ramadhan untuk kita, bermakna
Allah telah ambil kita. Allah berikan kita harapan ‘menjadi orang yang bertaqwa’,
jika kita melaluinya (Ramadhan) dengan sungguh-sungguh.
Ramadhan is great because of Al-Quran.
Biasa orang sebut bulan puasa, hakikatnya bukan.. ini bulan ‘Ramadhan’.
Hassan Al-Banna kata : Ramadhan itu adalah Siyam wa Qiyam (bulan berpuasa dan
bulan berdiri malam). Tidak perlu bincang buat 8 atau 10, buatlah sebanyak mana
nak. 8 rakaat mungkin untuk nak bersama dengan para jemaah, tetapi setelah itu
baliklah dan buatlah sebanyak mana nak, nak baca satu Quran pun boleh.
Syeikh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
mengatakan : memang tidak salah dan dibolehkan kita pakai Quran tahajjud (Quran
kecik) untuk dibaca dalam solat. Jika nak merasai kebas kaki di dalam solat,
buatlah tetapi jangan pula buat di surau, orang tak tahan. Sebab apa kita nak
buat semua ini? Sebab kita nak TAQWA. Kita yang nak TAQWA sebagaimana generasi
awal dahulu.
Allah berfirman lagi dalam
Surah Al-Baqarah ayat 185 :
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu
berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang
salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang
sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia
berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan
ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia
tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Allah beritahu kepada kita,
inilah bulan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran dan kita kena rasa kita
sedang berinteraksi dengan apa yang Allah beritahu. Pertamanya, kita sedang
melalui proses menjadi muttaqin, perlu merasai bahawa kita sedang melaluinya.
We are not a complete
product, kita bukan telah sampai kepada tahap sempurna tetapi kita dalam
perjalanan. Kata Khurram Murad : “We are becoming a mukmin” (bukan muttaqin).
In the process of becoming, we are not mukmin yet, kerana orang yang
benar-benar beriman dan Allah terima dia ialah apabila imannya telah menjadi
Kristal (crystallized) dan Allah approve kita ni beriman. Kemudian, Allah
berikan kepada kita kehidupan yang diceritakan dalam Al-Quran (hayaatan
toyyibah), tak mesti banyak kereta tetapi Allah sampaikan kepada kehidupan yang
barakah. Kehidupan kita hari ini, masih ada banyak keluh kesah, banyak
keserabutan dan banyak kebimbangan. Betul atau tidak? Jika kita ibaratkan
seperti agar-agar, agar-agar itu belum menjadi pepejal, dia belum kukuh.
Begitulah juga gambaran iman kita yang belum kukuh.
Sahabat pembacaku sekalian,
Setiap hari melalui
Ramadhan, perlu kita lalui dengan penuh kesyukuran kerana Allah beri kita lalui
tamrin (latihan) ini. This month has Al-Qadr, one such night that is better
than a thousand months. Oleh itu, bila kita nak menunggu Lailatul Qadar ini?
Malam pertama lagi. Ye, malam pertama kerana kita perlu training (latihan)
sebelum sampai ke malam itu. Jika pertandingan lumba lari, bukan ketika mula
pertandingan kita terus lari laju-laju, tetapi proses sebelumnya juga kita
perlu ambil kira. Masuk gelanggang, panas badan (warm up)perlu dibuat
sebelum menyertai pertandingan. Kita nak siapkan hati kita. Kena doa sebelum
tidur nanti : “Ya ALLAH, jadikan kita tetamu Dia”, sebab kita berhajat untuk
berdiri di hadapan Allah swt, nak minta ampun, nak berinteraksi dengan ALLAH
sungguh-sungguh, dan ini adalah satu proses yang perlu kita rasa. Inilah waktu
paling baik sekali untuk kita nak dekati Allah.
Bukanlah hanya satu malam
itu yang istimewa tetapi everyday of the month is BLESS. Setiap hari dan setiap
masa dalam Ramadhan adalah saat-saat yang BARAKAH. Kita sungguh rugi jika kita
tidak manfaatkan sebaiknya.
Cara kita berinteraksi
dengan Ramadhan ini juga kita perlu nampak. Dalam usaha nak capai TAQWA, hari
biasa kita tahan diri daripada yang haram (berlatih 11 bulan, tahan diri daripada
yang haram), tetapi seolah-olah Allah beritau untuk bulan Ramadhan ini, tahanlah
dirimu dengan sentiasa bersama dengan perkara-perkara yang halal, sehinggakan
apabila habis Ramadhan kita tidak mudah untuk jatuh kepada yang haram kerana
telah berjaya bertahan melakukan yang halal selama sebulan. Sepanjang bulan
Ramadhan, pembinaan iman itu akan berlaku.
Walaupun bulan ini bulan
yang penuh keberkatan, tetapi tidak semua orang akan mendapat barakah yang
sama, sebagaimana hari hujan lebat, semua orang akan menerima hujan itu tetapi
bukan semua orang akan menerima banyak air sebanyak yang sama dengan orang
lain. Air itu tidak diagihkan sama banyak. Banyaknya air hujan yang kita dapat,
bergantung sebesar mana bekas tadahan kita. Jika hujan lebat turun, dia hanya
mampu menyediakan bekas yang hanya sebesar cawan teh orang Cina minum, maka
maksimum air yang dia perolehi hanyalah sebanyak itu. Ramadhan ini,
keberkatannya, kelebihannya, dan keutamaannya bergantung banyak mana yang kita HENDAK
daripada Ramadhan.
![]() |
Apakah 7 cawan teh cina ini cukup untuk menjadi bekas tadahan hujan Ramadhan? |
Kalau kita nak puasa sahaja,
maka puasa sahajalah yang kita dapat. Dari segi pahala, ulamak kata boleh untuk
kita tamak pahala. Kita kena tamak pahala bermakna kita nak sebanyak mungkin
daripada Ramadhan ini. Al-Quran nak baca banyak mana? Sebanyak yang boleh.
Solat, nak solat banyak mana? Sebanyak yang boleh. Zikir, nak zikir banyak
mana? Sebanyak yang boleh. Pemurah, nak jadi pemurah bagaimana? Sedaya upaya
kita berusaha menjadi seorang yang pemurah di bulan ini.
Rasulullah saw bersabda : “Barangsiapa
yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang
serupa dengan orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang
berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan
Shahih”)
Ada sahabat-sahabat jumpa
Rasulullah dan berkata, “Ya Rasulullah, kami tak mampu nak beri makan orang yang
berbuka” Lalu Rasulullah saw kata, “(Baerilah) Walaupun hanya sebutir tamar” Oleh
itu, kita perlu rebut peluang ini. Kita perlu ada insuran polisi dari segi
pahala kita. Puasa kita mungkin cacat, sebab itulah kita perlu back up
dengan puasa orang lain. Macam mana nak buat? Beri sebutir tamar je, dapat dah
puasa dia.
Ibadah kita perlu dirancang,
tak boleh lalu Ramadhan sekadar lalu. Nanti sedar-sedar dah seminggu, rugilah
kita. Rasulullah saw seorang yang pemurah dan menjadi sangat-sangat pemurah
ketika Ramadhan. Ada setengah orang yang bijak, nak melabur saham, tunggu
Ramadhan.. kerana memasuki Ramadhan ini, setiap amal menjadi semakin bernilai
berbanding bulan-bulan lain.
Yang sunat akan dinilai
seperti wajib dan yang wajib akan dinilai 70 kali ganda. Seolah-olah RM 1
menjadi 70 riyal. Kita kena kira sesuatu mengikut currency (nilai mata wang)
akhirat. 70 itu minimum, tetapi Allah boleh beri sebanyak mana yang Allah nak
beri. Oleh sebab itu, kita perlu ada action untuk rebut peluang-peluang
ini.
Jangan pandang sebiji kurma
hanya sekadar kurma, tetapi pandanglah ia dengan nilai PAHALA SEORANG YANG
BERPUASA. Malaikat tak boleh catat pahala puasa kita, kerana ALLAH kata :
tentang puasa ini, Aku sendiri yang akan ganjari. Jadi sebutir kurma itu
nilainya, kita tak mampu nak nilai, kerana Allah sendiri yang akan nilai dan
bayar. Inilah salah satu cara nak menterjemahkan apa yang kita tahu kepada apa
yang kita boleh buat.
When it rains on different
ponds, pools, tunnel and river, they receive their share according to their own
depth and size. Persoalannya, banyak mana yang kita nak tadah Ramadhan ni? Boleh
jadi dengan kurangkan tidur, atau kurangkan makan, atau kurangkan masa untuk
makan, semuanya terpulang kepada kita.
What is going to be your share from the treasure of Ramadhan?
Daripada khazanah Ramadhan ini, apa saham
kita? Sebagaimana tanah yang subur, hati kita mungkin akan jadi lembut.. (mata
berair) dan benih iman akan berkembang dalam hati kita, disuburkan oleh hujan
Ramadhan. Maka, awasilah. Takut-takut, sebulan Ramadahan yang penuh keberkatan
ini terlepas. Because it is not an ordinary month, it is Ramadhan!
Bahkan, hujan Ramadhan ini bukan
hujan setiap hari, namun hujan Ramadhan ini setahun sekali sahaja dan tahun
depan kita tidak tahu adakah kita berkesempatan lagi menikmatinya atau tidak.
Kita takut apabila keringnya hujan Ramadhan, hati kita pun jadi kering juga. Na’uzubillahi
min zalik.
Jadi buatlah azam dan pasang
niat sungguh-sungguh. Kita akan dapat yang terbaik. What is your share, its all
depends on you. Semuanya bergantung kepada usaha kita, tetapi mintalah kepada
Allah supaya Ramadhan ini menjadi yang terbaik untuk kita, terbaik untuk orang
yang rapat dengan kita dan semua sahabat kita. Semoga ALLAH kurniakan kebaikan
Ramadhan itu untuk kita semua.
Apa makna Taqwa (stesen yang
ingin kita sampai)?
Jika kita lihat makna TAQWA
dari istilah perbuatan ittaqa, taqwa bermaksud mempunyai atau telah memperoleh
perlindungan. Oleh itu, seorang yang bertaqwa itu adalah seorang yang melindungi
dirinya dari apa yang Allah murkai. Saidina Ali pula berkata, ‘Taqwa ini adalah
takut kepada Allah, mengamalkan apa yang Allah perintah kepada diri kita, rasa cukup
dengan yang sedikit dan bersiap sedia (menyediakan bekalan) untuk perjalanan
balik’
Kita akan hanya sampai
kepada TAQWA ini apabila kita melakukan mujaahadah. Malah untuk dapat petunjuk,
said hawwa kata, kita perlu mujahadah untuk dapat petunjuk. Hidayah mungkin
ramai orang boleh terima, tetapi TAUFIQ (kekuatan dan kemampuan untuk
laksanakan apa yang Allah kehendaki) tidak ramai yang Allah kurniakan. Hidayah itu
adalah pengetahuan umum yang Allah beri iaitu Islam betul, solat itu baik. Tetapi,
Taufiq adalah kemampuan dan kekuatan yang Allah beri kepada orang tertentu
untuk boleh buat perkara-perkara yang Allah nak.
Jadi mula-mula sekali, kita
perlu mujahadah supaya kita benar-benar faham, sehinggalah kita benar-benar
yakin, dan benar-benar mampu untuk buat apa yang Allah wajibkan. Apa yang ALLAH
wajibkan itu banyak. Sebagai contoh, dakwah. Ye, dakwah juga termasuk jihad. Daripada
jihad untuk dapat hidayah, diteruskan dengan jihad nak amalkan hidayah,
kemudian jihad nak ajak orang lain pula merasai hidayah dan taufiq. Subhanallah.
You can become complete muttaqin when you call peple to Taqwa.
Takkan sempurna selagi kita ingin menjaga diri kita sahaja dan
kita tak ajak orang lain untuk turut bertaqwa. Iman itu akan crystallize, akan
mantap dan akan kukuh bila kita buat lebih daripada jaga diri kita sahaja. Dengan
ajak orang lain untuk bertaqwa, barulah boleh kira diri kita sempurna. Jika kita
lihat inti surah Al-Asr yang bermaksud, “ Demi Masa! Sesungguhnya manusia
itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan
mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
kesabaran”, sebenarnya
sudah cukup dari segi panduan dan pedoman untuk kita semua.
![]() |
I need ALLAH to crystallize my IMAAN |
Ramadhan ini bulan istimewa
dan keistimewaannya adalah kerana ia bulan penuh keberkatan dan satu keberkatan
yang paling besar sekali adalah Allah turunkan Al-Quran. Kita perlu rasa kita
sedang berinteraksi dengan Allah swt dalam membina TAQWA kita. Hubungan dengan
Allah bukanlah sesuatu yang teorotikal pada tempat tertentu. Sekarang adalah
LIVE. Kita sedang melihat dengan penglihatan yang ALLAH beri dan ALLAH sedang
melihat apa yang sedang kita lihat. Kita sedang mendengar dengan pendengaran
yang Allah kurniakan kepada kita dan ALLAH Maha Mendengar dan Mengetahui apa
yang kita dengar. Jadi kesedaran ini perlu ada dalam langkah-langkah menuju
Taqwa, merasakan kebersamaan Allah, muraqabatullah (pengawasan ALLAH) dan
Ramadhan ini melatih kita untuk lebih conscious (lebih sedar) akan
muraqabatullah melebihi bulan-bulan biasa.
Wallahu a’lam bissowab.
Catatan penyampaian dari
seorang murabbi. Sebuah catatan Ramadhan yang akan diulang-ulang setiap kali
tibanya Ramadhan. In shaa Allah.
Ramadhan Kareem. Semoga bermanfaat
untuk semua.
N.H.
mashaAllah.. Ramadhan menghampiri lagi <3
ReplyDelete