Posts

Showing posts from May, 2017

[Hartamu, ke manakah ia dibelanjakan?]

Image
Alhamdulillah, beberapa hari lepas, saya selamat keluar dari majlis perkahwinan yang sangat gilang gemilang. Sekilas pandang, nampak segalanya sempurna. Makanannya, pakaian ahli keluarga pengantinnya, hiasan dewannya, lampu lip lapnya dan macam-macamlah. Mata-mata yang menyaksikan panorama ini tak mampu mendiamkan mulut untuk bertanya. "Kak, berapa kos kenduri ni? Berapa kos kad ni? Berapa.. berapa.." Dewan               RM26000 Doorgift             RM30000 Kad Kahwin     RM30000 Sewa dapur      RM3000 Hah, terkejut saya dengar. Boleh guna duit-duit tu untuk pembangunan sekolah dan masjid kot. Sedekah dekat anak-anak yatim dan miskin ke. Bayarkan sikit yuran pengajian saya ke. Belum tanya lagi photographer berapa, baju pengantin berapa, boleh anggar dah perbelanjaan keseluruhan. Rupa-rupanya, kos perbelanjaan ini sudah menjadi buah mulut orang dan semestinya kaum kerabat mereka sendiri...

Refleksi : Murabbi dan Alam

Image
Masih segar di telinga ini nasihat murabbi itu tentang pesan Saidina Umar : "Bermuhasabahlah kalian, sesungguhnya kemenangan umat Islam kerana maksiatnya musuh. Kerana maksiat musuh, mereka tidak layak menerima bantuan Allah. Tetapi kerana ketaatan dan kepatuhan kamu, kamu berhak menerima bantuan dari Allah.." Bagaimana mata ini tidak mengalir..mengenangkan diri yang masih berjuang membuang karat-karat dosa di dalam hati. Rasa lemah dan lelah begitu kerap hadir sehingga mudah sahaja mengatakan : "Di manakah pertolongan Allah? Bila pertolongan itu akan datang? Aku sudah tidak sanggup rasanya meneruskan hidup begini..." Meskipun jiwamu sedang lemah, selemah daun yang diterbangkan angin, membiarkan diri jatuh di mana sahaja mengikut haluan yang ditiup angin.. ingatlah pada makhluk-makhluk kecil yang diciptakan Tuhan. Sekecil-kecil ikan di laut, tetap mampu hidup membiak, berenang bersama ikan-ikan yang sama spesisnya, menjelajah laut yang luas tidak ...

Masjidil Haram versi Malaysia?

Image
Masjid Biru versi Malaysia pun boleh.. Antara budaya yang saya suka setiap kali solat berjemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM ialah pesanan setiap kali sebelum solat. " Make sure you silent your phone. Check your saff and lets make this prayer as our last prayer in front of Allah ". Pesanan ni biasanya saya dengar ketika solat secara senyap. Manakala ketika solat jahar (solat yang dibaca kuat), imam atau bilal kadang berpesan : " Check your alarm .  سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ Luruskanlah shaf-shaf kalian, karena sesungguhnya lurusnya shaf termasuk kesempurnaan solat" Jarang sebenarnya budaya ini wujud di masjid-masjid lain. Pesanan-pesanan ringkas ini adalah 'heart setting' yang sangat baik bagi para makmum dan imam itu sendiri sebelum menunaikan solat. Kadang, kehidupan para pelajar yang sentiasa mengejar masa, solat hanya menjadi rutin yang tidak meninggalkan sedikit bekas pun di jiwan...

Refreshing My Soul

Image
“Ha, buat apa ni?”, tanya pak guard yang amanah menjalankan tugas. Kami berdua hanya menggeleng-gelengkan kepala. Masing-masing kelu nak bersuara. “Dah tu, apa lagi? balik-balik.. Study kat bilik. Saya tunggu awak kemas barang”.   Maka, tergopoh-gapahlah kami mengemas kerana tidak menjangkakan hal itu akan berlaku. Sebaik keluar dari masjid, “Alaa kak Husna.. tak dapatlah kita nak iktikaf kat masjid.. Kalau balik bilik, takut ke laut je Subuh kita”, sedih nada rakanku itu. “Kalau ikutkan hati yang degil, kita nak masuk balik masjid. Tidur je kat dalam lepas pakcik tu pergi”. Aku memandang wajahnya simpati sambil memikirkan apa solusi yang boleh meringankan rasa sedih di hatinya. Aku faham niatnya baik. “Hmm, tidur bilik kak husna jelah. Bilik kak husna tak jauh dari masjid..”.  Mulutnya masih muncung menandakan tidak cenderung untuk pulang ke bilik. Hatinya berat untuk menetap di masjid juga. ‘ Kuat betul azam dia. Dah kena halau pada jam lewat macamni p...

Tangisannya, tangisanku jua

Image
"Nok kek... nok kek..", rayu anak itu. "Ilyas..ilyas dah janji kan taknak makan makanan yang ibu tak bagi..?" "Nok kek..nok kek... bulehlaa", rayunya lagi. "Ni ibu bagi pisang. Makan ni sampai kenyang dulu", pujuk ibunya. "Taknak..ilyas nak kek..bulehlaa", rayuan dan raungannya semakin kuat. Setelah secubit kek diberi, dia dengan lahap menguyah, malah semakin terliur untuk makan kek yang berbaki. Hakikatnya, itulah makanan yang tidak boleh masuk ke dalam badannya. Ayahnya cuba melarikan fokusnya dengan membawanya keluar, namun kesan secubit kek yang dimakannya sebentar tadi menyebabkan tubuhnya yang sudah sedia gatal bertambah gatal. 'Kesiannya adik ini..ya Allahh' "Makcik, apa nama dia?", tanyaku kepada ibunya kerana terasa ingin bersembang dengan adik itu. "Nama sebenar dia Umar Faruq. Tapi kami semua panggil dia Ilyas. Sebab, dia yang bahasakan diri dia Ilyas. Dia terinspirasi d...

Aku perlukan mereka

Image
Ainul Huda Al-Hafizah Mendengar rakaman suara sepupu sendiri yang bertanding pertandingan Hafazan peringkat kebangsaan pagi tadi, benar-benar membuat aku cemburu dan terharu akan pencapaiannya. Dia yang jauh lebih muda, dah mula berjinak-jinak dengan Al-Quran, malah mungkin juga telah bercinta dengan kalam Tuhan yang agung itu. Hari yang sama, aku juga baru menyelesaikan ujian hafazan 4 Juzuk Al-Quran (5 Juzuk sepatutnya). Allahu. Nak cerita mujahadah nak membumikan ayat-ayat Al-Quran ini dalam sanubari, ketika minggu semua orang sibuk menghantar assignment, membuat pembentangan projek dan mengulangkaji pelajaran.. hanya Allah sahajalah yang Maha Memahami. Baru je semalam mengeluh : "Ya Allah, mampu ke aku nak teruskan kelas tahfiz ni. 5 Juzuk satu sem. Subjek-subjek lain juga memerlukan komitmen yang tinggi. Menuntut ilmu itu amanah", termenung aku sendirian. Namun, dek kerana aku dah janji dengan diri sendiri. Aku kuatkan juga hati ini. Di saat or...