Posts

Showing posts from 2017

Pengorbanan

Image
Seminggu lebih tidak pulang ke rumah, hati benar-benar dirundung rasa rindu. Ke mana tempat pun aku jejaki, terdengar-dengar gerakan jarum yang terlalu perlahan berlari. 'Tik tok..tik tok' Huh, saat itu belum juga tiba. Menerima berita kelas Tahfiz pada setiap Sabtu, aku dibius dilema. Rumah atau Al-Quran. Dua bahagian yang terlalu penting dalam hidup ini. Pesan ustaz : "Your level of motivation will determine on how serious you are. Clean your heart. Make a good intention and enjoy your class" Allahu..ketika hujan rindu masih membasahi hati, aku melayari dinding FB. Entah apa yang ku cari, terpapar puluhan gambar Masjid Nabawi. Bumbungnya, panoramanya, anginnya, lantainya  dan manusianya seperti mampu dirasai, dihidu dan didekati. 'Oh Tuhannn'. Kelopak mata membutirkan titisan demi titisan air. Rinduku semakin membarah. Rindu rumah dan rindu Kaabah. Dua kerinduan yang berbeza. Rumah sememangnya tempat yang selalu aku jejaki dan selalu aku rin...

Lafaz Itu

Image
"TERIMA KASIH...basuhkan pinggan saya" . "TERIMA KASIH...basuhkan pinggan saya" . "TERIMA KASIH...basuhkan pinggan saya" . Ye, itulah kalimat yang bertalu-talu menyinggah ke gegendang telinga. Tergeletek lucu setiap kali dihargai seperti itu. Jiran depan rumah, belakang rumah, selang dua, tiga dan empat buah rumah, malah hampir semua penduduk Taman Kota Raja melafazkan kalimat itu. Haha. Itu tandanya, saya tidak dibenarkan berhenti basuh pinggan. . Pakcik dan makcik, terima kasih atas peluang ini. Meskipun penat seorang #anakkampungjawa bermandi peluh membersihkan pinggan mangkuk, tidak ternilai rasanya tautan ukhuwah yang mula terbina. . Sejak kecil saya membesar di sini, baru hari itu saya dapat menganalisa gelagat istimewa yang wujud dalam diri jiran-jiran saya. Begitu hebat Mak Ngah mengadun resepi setiap jenis makanan. Rasa sambal petai yang umpph tak dapat saya lupakan sampai saat ini. Tempoyak Makcik Yati juga tak kurang 'class'ny...

:: Sekilas tentang Wattpad ::

Image
Wattpad ialah media penyalur bakat untuk penulis novel. Kita boleh pilih bahan-bahan bacaan mengikut jenis novel yang kita nak tulis. Wattpad boleh jadi medium latihan menulis, dan dalam masa yang sama memperkenalkan hasil tulisan kita kepada orang ramai. Dalam wattpad, orang yang baca novel kita boleh terus komen setiap perenggan yang kita tulis. . . BAHAN BACAAN Untuk memilih bahan bacaan, boleh tengok di bahagian home atau ranking genre. Dalam wattpad sangat banyak genre seperti romance, thriller, action, teenfiction, fantasy dan sebagainya. Kita boleh pilih bahan-bahan bacaan Bahasa Inggaeris atau Melayu. Dekat home kita, biasanya akan keluar recommended books, jadi dari situ kita boleh tengok views bagi sesuatu karya. Bagi peminat karya-karya English, better cari views yang 10m ke atas, manakala untuk karya-karya Melayu pula, views 1m ke atas dah dikira ok. Secara logiknya, cerita-cerita yang best, mestilah dapat views banyak, kan? Boleh juga cari bahan bacaan mela...

Ummi..

Image
Hari ini adalah hari 8/10 ummi diberi cuti oleh doktor perubatan. Menyemak kembali dokumen-dokumen, kad-kad pertemuan susulan, resit-resit dan ubat-ubatan yang doktor beri. Allah, berkerut-kerut juga dahi nak hadam perkataan demi perkataan. Malam tadi, ummi sempat melihat adegan saya meramas kepala. “Sakit kepala ye, anak ummi..” Allah, rasa bersalah menghujani diri. Rasa nak undurkan masa, ubah semula persepsi ummi. Itulah anak, bila mengurus seorang ibu, sering sahaja merasa susah. Sedangkan ibumu mengurus dirimu melebihi 10 hari ulang alik ke hospital, tiada sungutan yang berbunyi. Malah, tidak pernah ibu membilang hari, membilang wang dan membilang tenaga yang sudah dicurahkan. 6 September 2017, 10 Oktober 2017, 17 Oktober 2017 Ini adalah 3 tarikh penting yang doktor pesan supaya aku ingat baik-baik. Masa daftarkan nama ummi di hospital, terlupa pula nak beri nombor telefon abang, ayah dan adik, memandangkan ruang yang disediakan hanya untuk satu nama. Ha...

RAMADHAN, SUDAHKAH AKU MENGHARGAINYA?

Image
Koh koh! Dua kali batuk itu menghentikan hirupan sup yang enak. "Pediihh", jerit Awfa. "Arghh..panaass" "Air air.. tapi pediih" "Panas...panas..fuh fuh" Tangannya laju mengipas-ngipaskan anak tekak. Entah berapa kali, mulut tak berhenti menjerit kalimah itu. Tekak terasa panas menggelupur, namun tidak tahu cara untuk meredakannya. Semua wajah yang memandangnya kaget dengan reaksi Awfa. Bila diberi air, Awfa kepedihan. Bila diberi buah, Awfa sukar untuk menelan. “Abang letak apa dalam sup ni? Cili ke?”, ummi jadi serba salah kerana tidak mampu membantu. “Bawang… Cili.. Minyak.. ahh pedihh”, Awfa cuba menerangkan tetapi dia juga gagal mengenal pasti punca sakitnya. "Sabar Awfa...sabar", pesan ummi. Hanya itulah kalimah yang akhirnya membuat jiwanya sedikit reda. Dia telan air bersama titisan air mata yang mengalir. Dia telan air liur sekerap mungkin demi mengurangkan derita sang anak tekak ketika waktu sah...

Mengapa RAMADHAN ini menjadi bulan yang sangat H.E.B.A.T?

Image
Perkara ini (soalan ini) kita sangat biasa dengar orang bercakap, tapi kita nak merasainya. Hakikatnya, kita berinteraksi dengan Islam ini menggunakan akal (fikrah) kita. Kita berinteraksi dengan Islam menggunakan hati dan perasaan kita. Oleh kerana itu, antara perkara yang paling susah ialah memindahkan perkataan menjadi perasaan. Sungguh, tidak susah mengungkapkan perkataan. Apa yang kita baca, kita ingat dan kita cakap balik. Tetapi nak menukarkan perkataan itu menjadi perasaan, bukanlah sesuatu yang mudah. Bagaimana sebenarnya hati kita dengan Ramadhan? Adakah Ramadhan merupakan tradisi ataupun sebagaimana hebatnya Ramadhan itu dirasai oleh hati kita? Adakah Ramadhan tidak ada beza dengan bulan lain ataupun kita memang merasai perbezaan itu? Rasanya itu dirasai oleh kita. Kalau dipertuturkan, ramai orang boleh pertuturkan, tetapi tidak ramai orang yang merasai apa yang dipertuturkan. Tarbiyah ni adalah tarbiyah rasa juga. Tarrbiyah yaqin, tarbiyah cinta, tarbi...

[Hartamu, ke manakah ia dibelanjakan?]

Image
Alhamdulillah, beberapa hari lepas, saya selamat keluar dari majlis perkahwinan yang sangat gilang gemilang. Sekilas pandang, nampak segalanya sempurna. Makanannya, pakaian ahli keluarga pengantinnya, hiasan dewannya, lampu lip lapnya dan macam-macamlah. Mata-mata yang menyaksikan panorama ini tak mampu mendiamkan mulut untuk bertanya. "Kak, berapa kos kenduri ni? Berapa kos kad ni? Berapa.. berapa.." Dewan               RM26000 Doorgift             RM30000 Kad Kahwin     RM30000 Sewa dapur      RM3000 Hah, terkejut saya dengar. Boleh guna duit-duit tu untuk pembangunan sekolah dan masjid kot. Sedekah dekat anak-anak yatim dan miskin ke. Bayarkan sikit yuran pengajian saya ke. Belum tanya lagi photographer berapa, baju pengantin berapa, boleh anggar dah perbelanjaan keseluruhan. Rupa-rupanya, kos perbelanjaan ini sudah menjadi buah mulut orang dan semestinya kaum kerabat mereka sendiri...