Hari ini yang ku mulakan..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
Alhamdulillah,
inilah hari yang aku tunggu-tumggu selama ini, hari di mana aku berjaya
merealisasikan impian sebagai penulis blog. Hari Pertama, Alhamdulillah!
Cemburu rasanya membaca penulisan para daie yang berlumba-lumba mengajak
manusia kembali kepada Allah. Moga langkahku ini berterusan hingga akhir
hayatku..
Hari
ini, aku tidak berniat untuk menulis panjang. Namun, inilah permulaanku untuk
bertatih menjadi seorang penulis. Mohon doa pembaca-pembaca agar aku terus
memampukan diri untuk menulis sesuatu buat umat hari ini. Sejujurnya, sudah
terlalu lama niat ini terpendam dalam hati dan hampir saja terkubur.. namun,
alhamdulillah atas keizinanNya juga, aku diberi ruang masa dan tenaga untuk
melaksanakannya.
Dulu,
ketika aku berazam untuk menjadi penulis, jiwaku sungguh bahagia. Segala suka
duka kehidupan aku tulis menjadi tempat luahan rasa. Tapi, aku tak pernah
menunjukkan penulisan-penulisanku kepada sesiapa. Pada saat itu, aku sungguh
kagum kepada para penulis dunia… Mengapa penulis dunia? Kerana walaupun mereka
menulis di lokaliti masing-masing, realitinya penulisannya boleh dibaca oleh
penduduk satu dunia.. yah, hebat bukan?!
Pada
suatu hari, hatiku tiba-tiba diketuk oleh kata-kata seorang penulis yang ku
kagumi, Habiburrahman El SHirazy namanya. Beliau seorang penulis Indonesia yang
sering mengukir senyuman, mencuit hati dan membuka fikiran tatkala aku membaca
helaian-helaian penulisannya. Nah, apa yang dikata?
"Syarat pertama untuk menjadi seorang penulis itu ialah berani tulisannya dibaca oleh orang ramai."
Berkelip-kelip
aku memikirkan kata-kata itu. Betul juga ya. Berapa banyak penulisanku, namun
hanya menjadi tatapanku sendiri. Inspirasi-inspirasi yang aku cipta, hanya
untuk diri sendiri? Oh, alangkah ruginya.. Baru ku sedar, rupa-rupanya di
situlah halanganku dalam menjadi penulis.
Masa
terus berlalu dan berlalu, semakin banyak pengalaman hidup yang ku rasa terlalu
mahal untuk dilupakan. Semoga Allah sentiasa mengurniakan rezeki kepadaku
memanfaatkan medium ini sebaik mungkin, In shaa Allah!
"Sekiranya
menulis itu satu HOBI, maka kita akan senang hati. Tetapi jika menulis itu satu
MISI, maka kita mesti berdarah-darah untuk berbakti!"
-Salim
A. Fillah
Wallahu
a'lam.
Semoga
berjumpa pada kesempatan akan datang J
Comments
Post a Comment