Posts

Showing posts from January, 2018

Imam Besar datang UIA :)

Sungguh beruntung warga UIA hari ini kerana dapat mendirikan solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah di bawah pimpinan seorang ulama ulung Al-Shaikh Muhammad Abdul Kareem, seorang ulama dari Sudan yang merupakan pakar dalam bidang al-Quran. Beliau merupakan guru kepada Al-Shaikh Maher al-Mu'aiqly, Imam Masjidil Haram dan guru kepada guru hafazan al-Quran di UIA, Al-Shaikh Dr. Yusuf Adam al-Badani. Ketika mengimami solat fardhu Maghrib tadi, Al-Shaikh membacakan ayat yang membicarakan tentang 'Ibadurrahman. Berikut merupakan beberapa isi penting tazkirah Maghrib tadi. 1- Al-Shaikh menghuraikan tadabbur ayat berkaitan 'Ibadurrahman. 2- Semua makhluk adalah hamba Allah, akan tetapi dinisbahkan manusia yang mempunyai ciri-ciri tertentu sebagai hamba kepada Al-Rahman, iaitu hamba kepada Tuhan yang Maha Luas RahmatNya. Ini menunjukkan keistimewaan mereka yang mempunyai ciri-ciri tersebut. 3- Mereka dipanggil hamba-hamba Ar-Rahman kerana ciri-ciri tersebut dicapai h...

Kenangan bersama Murabbi

Image
Murabbi ibarat lilin yang membakar diri, demi menerangi kegelapan. Minggu lepas, semester dua telah melabuhkan tirai dan segalanya memberi aku seribu satu makna yang sukar diterjemahkan kepada bait-bait tulisan. Aku menulis bukan untuk menjual nama-nama pensyarah UIA tetapi cukuplah ia menjadi asbab agar aku tetap ingat lembaran kehidupan yang amat mahal ini. Menjadi anak murid kepada guru yang telah berguru dengan puluhan guru yang diiktiraf keilmuannya - sering membuat aku tertanya, "Apakah aku boleh mengulangi semula kelas-kelas yang cukup berharga ini? Apakah aku akan diberi peluang untuk menuntut ilmu dari mereka lagi?" 1. Dr Muntaha. Seorang ustaz yang pakar dalam ilmu Fiqh dan Usul Fiqh. Hari pertama dalam kelas, ustaz tunjuk sijil-sijil akademik sejak ustaz belajar di Indonesia sehinggalah ke Madinah - semuanya 'Mumtaz Al-Awwal'. Bila ustaz sambung Master dan PHD pula, pointer ustaz tak pernah bawah daripada 3.90. Sejak hari pertama...

My Birthday!

Jumaat lepas, aku mengakhiri sem dua ijazah Quran Sunnah dengan perasaan yang bercampur baur. Tepat pukul 12 malam 19 Januari, mataku kuyu menghadap kertas-kertas, tiba-tiba dengar satu jeritan, "SELAMAT HAARII LAAHIIRR.. SELAAMAT HAARII LAAHIIRR" Ek eh. Terasa merah pipi serta merta, bulat mata tanpa perlu percikan air. Haha. Aku sudah mencecah umur 22 tahun. Tiba-tiba rasa semangat nak sambung ulang kaji. 'Eh dah besar rupanya aku. Takkan nak malas-malas belajar lagi kan?' Monologku sendirian. Malam itu, aku tidur hanya 3 jam. Kemudian, aku bangun semula. Segar lain macam rasanya. Baca mesej-mesej  dan video yang kalian kirim, bunga-bunga hatiku. Terima kasih daun keladi, kalau belum letih kirimlah lagi. Hehe. 19 Januari seringkali meninggalkan sejarah berharga dalam hidupku. Tarikh aku berjaya dapat lesen kereta. Tarikh aku berjaya khatam tasmik Al-Quran. Tarikh aku lahir. Alhamdulillah. Dan tahun ini, 19 Januari menjadi tarikh terakhir aku menduduki ...

Hiduplah dengan kesedaran :)

Kawan :"Semalam, saya pergi pasar malam" "Eh, kenapa pergi hari Khamis? Pasar malam kan Hari Rabu?" ____ 'Ok, harini aku nak siap-siap pergi Solat Jumaat!' Selang beberapa minit.. azan zohor dan semua orang solat zohor. 'Eh, kenapa takde khutbah. Harini kan Jumaat?' ___ Beberapa minit sebelum azan zohor, ada seorang lelaki reply mesej. 'Eh, dia ni tak pergi solat Jumaat ke? Kan dah nak masuk waktu?' __ Semalam cakap di telefon dengan seorang kakak, "Akak..esok kan Jumaat. Mestilah ustaz semua nak balik awal. Baik kita setel kan semua urusan hari ini" Kakak : "Oh yela.. esok Jumaat" ___ Punyalah saya yakin harini Jumaat, rupanya jam 3 petang baru sedar harini Khamis. Haha. Lagi 9 hari nak exam pun, mamai-mamai lagi. Malam tadi buat counting day menuju exam pakai tangan (tanpa tengok kalender), saya yang hairan - kenapa tiba-tiba saya exam hari Sabtu!! Kan dah set nak balik Hari Sabtu. Kenapa? Kenapa? S...