Usah Dibandingkan Lagi
Setiap kali pulang dari kenduri kahwin, aku tak mampu tipu diri sendiri. Pasti memori lama itu menari-nari, melambai-lambai dan mengetuk sanubari.
Pengalaman dipinang berkali-kali oleh orang yang sama mahupun berbeza, pasti meninggalkan bekas walaupun engkau telah menyibukkan diri dengan pelbagai perkara.
Kadang-kadang nama si dia, minat si dia, kenalan-kenalan si dia, suara si dia, gaya si dia, mudah sahaja menarik ekoran mata kita untuk melihat kembali :
Kebingungan demi kebingungan tentang siapakah sebenarnya insan yang Allah sediakan untuk kita itulah yang mendidik diri ini untuk tunduk kepadaNya. Tunduk kerana kita kenal siapa diri kita. Tunduk kerana sedar Allahlah yang tahu segala aib yang ada pada kita. Lantas, kita meletakkan kepasrahan 'yang terbaik' itu kepadaNya.
Pernah aku menjadi mangsa pembunuhan manusia yang dengki, lantaran menerima pinangan seorang lelaki. Berkali-kali diserang dan diserang, namun Allah tetap menyelamatkan diri ini. Sampai saat ini, aku yang masih mampu menghirup dan menghembus udara walaupun nyawaku nyaris-nyaris berpisah antara roh dan jasadnya. Alhamdulillah.
__
Ye, aku menerimanya juga atas dasar istikharah dan musyawarah. Bukan dengan pujukan kata-kata manis, kata-kata puitis, bahkan sebaris senyuman menggoda juga jauh sekali.
Sungguh, tidak layak untuk aku menyalahkan Allah atas takdir yang cukup menggugah jiwa ini. Tatkala kita bertemu manusia-manusia lain, sesekali hati ini suka untuk membanding-bandingkan :
Sedarlah itu bukan tugasmu. Setiap orang akan merasa berat atas ujiannya kerana itulah tahap kemampuannya. Natijah sebuah ujian bukan untuk membuatmu manusia yang hilang arah tujuan, tapi percayalah itu cara Tuhan memanggilmu pulang ke landasan.
Jangan putus asa mencari sinar cahayaNya. Dia yang Maha Berkuasa mencipta alam sehebat alam semesta, pasti jauh lebih berkuasa memudahkan segala rintanganmu pada bila-bila masa.
Hikmah Mehnah,
Yang berazam untuk tidak membandingkan lagi.
'Aih..kau lagi. Ke sanalah!', monolog diri memohon ia pergi.
'Astaghfirullahal'adzim.. astaghfirullah.. astaghfirullah..', lafaz itulah yang kerapkali menenangkan diri. Benarlah, dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang..
Pengalaman dipinang berkali-kali oleh orang yang sama mahupun berbeza, pasti meninggalkan bekas walaupun engkau telah menyibukkan diri dengan pelbagai perkara.
Kadang-kadang nama si dia, minat si dia, kenalan-kenalan si dia, suara si dia, gaya si dia, mudah sahaja menarik ekoran mata kita untuk melihat kembali :
'eh itu dia ke?'.
'Oh bukan..ah sudahlah!'
Kebingungan demi kebingungan tentang siapakah sebenarnya insan yang Allah sediakan untuk kita itulah yang mendidik diri ini untuk tunduk kepadaNya. Tunduk kerana kita kenal siapa diri kita. Tunduk kerana sedar Allahlah yang tahu segala aib yang ada pada kita. Lantas, kita meletakkan kepasrahan 'yang terbaik' itu kepadaNya.
Pernah aku menjadi mangsa pembunuhan manusia yang dengki, lantaran menerima pinangan seorang lelaki. Berkali-kali diserang dan diserang, namun Allah tetap menyelamatkan diri ini. Sampai saat ini, aku yang masih mampu menghirup dan menghembus udara walaupun nyawaku nyaris-nyaris berpisah antara roh dan jasadnya. Alhamdulillah.
__
Ye, aku menerimanya juga atas dasar istikharah dan musyawarah. Bukan dengan pujukan kata-kata manis, kata-kata puitis, bahkan sebaris senyuman menggoda juga jauh sekali.
Sungguh, tidak layak untuk aku menyalahkan Allah atas takdir yang cukup menggugah jiwa ini. Tatkala kita bertemu manusia-manusia lain, sesekali hati ini suka untuk membanding-bandingkan :
'Ah..dia tak diuji seberat ujian aku..'
'Ah..dia tak sepedih hatiku dihiris-hiris sikap manusia tak guna..'
Sedarlah itu bukan tugasmu. Setiap orang akan merasa berat atas ujiannya kerana itulah tahap kemampuannya. Natijah sebuah ujian bukan untuk membuatmu manusia yang hilang arah tujuan, tapi percayalah itu cara Tuhan memanggilmu pulang ke landasan.
Jangan putus asa mencari sinar cahayaNya. Dia yang Maha Berkuasa mencipta alam sehebat alam semesta, pasti jauh lebih berkuasa memudahkan segala rintanganmu pada bila-bila masa.
Hikmah Mehnah,
Yang berazam untuk tidak membandingkan lagi.
Comments
Post a Comment