Pinjam sekejap title ‘Perawi Hadis’
“Ok semua.. bentuk satu kumpulan
yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang dan setiap orang dari kamu akan jadi
perawi hadis (arrowi)”
‘Arrowi? Err.. aku mana layak.
Syarat nak jadi perawi tinggi kot.. dia mestilah seorang yang adil dan adil
yang dimaksudkan ialah mestilah Islam, berakal, baligh, tidak fasiq dan tidak
melakukan perkara yang ‘aib. Teringat ustazah cerita haritu, jika seorang perawi
tu memanggil kucing dengan –meow..meow- tapi hakikatnya dia takde pun makanan
untuk diberi, boleh dianggap perawi tu menzalimi makhluk Allah dan hadis yang
diriwayatkannya boleh dipertikaikan. Allah.. bagaimana pula dengan aku?’
“Perawi pertama..”, suara ustazah
yang lantang mengembalikan lamunanku ke dalam kelas.
“Perawi pertama hendaklah pergi ke depan dan
ambil kertas dari ustazah. Atas setiap kertas, tertulis 4 hadis yang lengkap
dengan sanad dan matan. Perawi pertama boleh pilih mana-mana hadis untuk
dihafal dan sampaikan kepada perawi kedua dan begitulah seterusnya..”
Wakil dari setiap kumpulan sudah
bangun dan keluar ke depan, kecuali kumpulan aku dan kumpulan di belakang
sekali.
“Ainal baaquun? (mana kumpulan
yang berbaki?)..”, tanya ustazah.
‘Ish, takkan nak jadi perawi
pertama.. kena kuat ingatan, kalau tak ingat, kesian ahli kumpulan aku.. ,’ aku
dalam dilema. Rasa tak layak jadi perawi masih menghantui fikiran.
Tapi, kerana tidak mahu ustazah
menunggu begitu lama, aku pun bangun mengambil kertas soalan dan meneliti mana
hadis yang paling pendek, dengan harapan mudah untuk aku hafal dan mudah untuk
ahli kumpulanku ingat.
“Ok, antum semua ada 2 minit je..
hafazlah baik-baik.. Antum boleh keluar dan hafal di luar..”
‘Wuish, 2 minit? Hadis ni, tak
biasa aku jumpa. Kena hafal kat luar pulak tu..’, serta merta jantungku
berdegup laju. Mana tidaknya, dah tengok soalan baru tahu tempoh menghafalnya
sesingkat itu. Apapun, aku cuba yang terbaik walaupun suhu tangan dah semakin
sejuk dan sesekali terlihat getaran atas kertas yang ku pegang.
2 minit berlalu…
“Khalas… khalas.. (cukup..
cukup..). Perawi pertama boleh panggil perawi kedua keluar.. selebihnya tinggal
di dalam kelas,” suara ustazah yang lantang menambah rasa gementar dalam jiwa.
Sebaik perawi kedua berada di
depanku, proses memindahkan hafazan pun bermula..
“Haddasana.. haddasana..”, nama
perawi pertama yang meriwayatkan hadis yang ku hafal tak muncul dalam ingatan.
“Haddasana.. haddasana..
Haddasana.. Allah, apa nama dia?”, wajah perawi kedua di hadapanku dah semakin
cuak. 30 saat dah berlalu.. Namun, dia tetap sabar menunggu kalimah seterusnya.
“er.. saya tak ingat. Terus
kepada matanlah”, perawi kedua di hadapanku mengangguk laju, tanda setuju.
Kalimah demi kalimah daripada hadis aku sampaikan dan diulang-ulang olehnya
sehingga habis masa.
“Khalas… khalas.. (cukup..
cukup..). Perawi pertama boleh panggil perawi ketiga pula keluar..,” kata
ustazah yang teliti menjaga masa.
Sebaik aku duduk di kerusi, rasa
serba salah kepada rakan-rakanku tak dapat aku nafikan. Hanya hadis sependek
dan semudah itu tak mampu aku ingat dengan baik, bagaimana pula dengan
perawi-perawi pada zaman Rasulullah saw yang menghafaz ribuan hadis. Malah,
pada masa yang sama, mereka juga menghafaz Al-Quran. Allah..
Pada peringkat awal perkembangan
ilmu hadis, para sahabat tidak dibenarkan menulis hadis kerana dibimbangi
bercampur dengan al-Quran, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai daya
ingatan yang kuat. Para sahabat memelihara hadis-hadis dari Rasulullah melalui
lisan dan hafazan. Again, melalui lisan dan hafazan.. Subhanallah!
Seketika saya membayangkan
kehidupan mereka, bertambah-tambah rasa malu dalam diri. Generasi yang dididik
oleh Rasulullah sangat sibuk masanya dengan memahami dan memelihara kemuliaan
al-Quran dan al-Hadis. Mereka berkorban masa, tenaga, buah fikiran dan nyawa
demi kita semua umat Islam yang hidup pada zaman ini..
Alangkah ruginya kita yang tidak
hidup bersama Rasulullah saw,
tetapi masih gembira dengan masa-masa lapang yang dibuang dan tidak dimanfaatkan.
tetapi masih gembira dengan masa-masa lapang yang dibuang dan tidak dimanfaatkan.
Alangkah ruginya kita yang hidup di zaman
fitnah akhir zaman ini,
tetapi masih tidak mempunyai semangat yang tinggi dalam memahami agamaNya.
tetapi masih tidak mempunyai semangat yang tinggi dalam memahami agamaNya.
Alangkah ruginya kita yang diberi peluang menjadi umat Nabi
Muhammad saw,
tetapi masih mencari idola-idola terkenal yang tidak mendidik kita agar mencontohi akhlak Baginda..
tetapi masih mencari idola-idola terkenal yang tidak mendidik kita agar mencontohi akhlak Baginda..
Bukankah kita umat yang dirindui
Rasulullah?
‘Mereka bukan sahabatku.. mereka
adalah Al-Ikhwan.. iaitu orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah
berjumpa denganku. Aku sungguh rindu untuk bertemu dengan mereka..’ T.T
-Kelas Ulum Hadis
-22 Februari 2017
![]() |
Di manakah kerinduanmu, wahai umat Rasulullah? |
Comments
Post a Comment