Posts

Showing posts from August, 2017

:: Sekilas tentang Wattpad ::

Image
Wattpad ialah media penyalur bakat untuk penulis novel. Kita boleh pilih bahan-bahan bacaan mengikut jenis novel yang kita nak tulis. Wattpad boleh jadi medium latihan menulis, dan dalam masa yang sama memperkenalkan hasil tulisan kita kepada orang ramai. Dalam wattpad, orang yang baca novel kita boleh terus komen setiap perenggan yang kita tulis. . . BAHAN BACAAN Untuk memilih bahan bacaan, boleh tengok di bahagian home atau ranking genre. Dalam wattpad sangat banyak genre seperti romance, thriller, action, teenfiction, fantasy dan sebagainya. Kita boleh pilih bahan-bahan bacaan Bahasa Inggaeris atau Melayu. Dekat home kita, biasanya akan keluar recommended books, jadi dari situ kita boleh tengok views bagi sesuatu karya. Bagi peminat karya-karya English, better cari views yang 10m ke atas, manakala untuk karya-karya Melayu pula, views 1m ke atas dah dikira ok. Secara logiknya, cerita-cerita yang best, mestilah dapat views banyak, kan? Boleh juga cari bahan bacaan mela...

Ummi..

Image
Hari ini adalah hari 8/10 ummi diberi cuti oleh doktor perubatan. Menyemak kembali dokumen-dokumen, kad-kad pertemuan susulan, resit-resit dan ubat-ubatan yang doktor beri. Allah, berkerut-kerut juga dahi nak hadam perkataan demi perkataan. Malam tadi, ummi sempat melihat adegan saya meramas kepala. “Sakit kepala ye, anak ummi..” Allah, rasa bersalah menghujani diri. Rasa nak undurkan masa, ubah semula persepsi ummi. Itulah anak, bila mengurus seorang ibu, sering sahaja merasa susah. Sedangkan ibumu mengurus dirimu melebihi 10 hari ulang alik ke hospital, tiada sungutan yang berbunyi. Malah, tidak pernah ibu membilang hari, membilang wang dan membilang tenaga yang sudah dicurahkan. 6 September 2017, 10 Oktober 2017, 17 Oktober 2017 Ini adalah 3 tarikh penting yang doktor pesan supaya aku ingat baik-baik. Masa daftarkan nama ummi di hospital, terlupa pula nak beri nombor telefon abang, ayah dan adik, memandangkan ruang yang disediakan hanya untuk satu nama. Ha...