Bangkitlah, duhai adik

'HARUSKAH AKU MENGALAH? SEKALI-KALI TIDAK!! AKU YANG DULU, BUKANLAH YANG SEKARANG' YE..SEHARUSNYA AKU MULA MELANGKAH DAN TERUS MELANGKAH. . Aku yakin, inilah monolog hati mereka yang pernah merasai pahitnya 'jatuh' atau 'gagal', lalu ingin bangkit memperbaiki diri. Di sini, kakak coretkan sedikit motivasi. Mudah-mudahan, kau kuat dan bangkit menempuh jalan ini. Kerana kau Pemuda! Bismillah. Buatmu adik, Terima kasih atas segala-galanya kerana pernah hadir menceriakan hari-hari kami & menjadi cebisan memori dalam hidup kami.. Moga Allah membalas segala kebaikanmu Maafkan diri ini jika tak menjadi kakak yang baik dan membimbing ke jalan yang benar. TAHNIAH & SYABAS kerana pernah berjuang di medan ilmu! Walaupun zahirnya seperti gagal namun hakikatnya kau sedang bangkit dari sebuah kegagalan. Ingatlah, medan juang akan sentiasa ada.. teruslah melalui jalan ini dengan hati yang tabah dan kuat! Kami yakin kau mampu, cuma k...