Posts

Showing posts from June, 2017

RAMADHAN, SUDAHKAH AKU MENGHARGAINYA?

Image
Koh koh! Dua kali batuk itu menghentikan hirupan sup yang enak. "Pediihh", jerit Awfa. "Arghh..panaass" "Air air.. tapi pediih" "Panas...panas..fuh fuh" Tangannya laju mengipas-ngipaskan anak tekak. Entah berapa kali, mulut tak berhenti menjerit kalimah itu. Tekak terasa panas menggelupur, namun tidak tahu cara untuk meredakannya. Semua wajah yang memandangnya kaget dengan reaksi Awfa. Bila diberi air, Awfa kepedihan. Bila diberi buah, Awfa sukar untuk menelan. “Abang letak apa dalam sup ni? Cili ke?”, ummi jadi serba salah kerana tidak mampu membantu. “Bawang… Cili.. Minyak.. ahh pedihh”, Awfa cuba menerangkan tetapi dia juga gagal mengenal pasti punca sakitnya. "Sabar Awfa...sabar", pesan ummi. Hanya itulah kalimah yang akhirnya membuat jiwanya sedikit reda. Dia telan air bersama titisan air mata yang mengalir. Dia telan air liur sekerap mungkin demi mengurangkan derita sang anak tekak ketika waktu sah...

Mengapa RAMADHAN ini menjadi bulan yang sangat H.E.B.A.T?

Image
Perkara ini (soalan ini) kita sangat biasa dengar orang bercakap, tapi kita nak merasainya. Hakikatnya, kita berinteraksi dengan Islam ini menggunakan akal (fikrah) kita. Kita berinteraksi dengan Islam menggunakan hati dan perasaan kita. Oleh kerana itu, antara perkara yang paling susah ialah memindahkan perkataan menjadi perasaan. Sungguh, tidak susah mengungkapkan perkataan. Apa yang kita baca, kita ingat dan kita cakap balik. Tetapi nak menukarkan perkataan itu menjadi perasaan, bukanlah sesuatu yang mudah. Bagaimana sebenarnya hati kita dengan Ramadhan? Adakah Ramadhan merupakan tradisi ataupun sebagaimana hebatnya Ramadhan itu dirasai oleh hati kita? Adakah Ramadhan tidak ada beza dengan bulan lain ataupun kita memang merasai perbezaan itu? Rasanya itu dirasai oleh kita. Kalau dipertuturkan, ramai orang boleh pertuturkan, tetapi tidak ramai orang yang merasai apa yang dipertuturkan. Tarbiyah ni adalah tarbiyah rasa juga. Tarrbiyah yaqin, tarbiyah cinta, tarbi...