Posts

Showing posts from April, 2017

Usah Dibandingkan Lagi

Image
Setiap kali pulang dari kenduri kahwin, aku tak mampu tipu diri sendiri. Pasti memori lama itu menari-nari, melambai-lambai dan mengetuk sanubari. 'Aih..kau lagi. Ke sanalah!', monolog diri memohon ia pergi. 'Astaghfirullahal'adzim.. astaghfirullah.. astaghfirullah..', lafaz itulah yang kerapkali menenangkan diri. Benarlah, dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.. Pengalaman dipinang berkali-kali oleh orang yang sama mahupun berbeza, pasti meninggalkan bekas walaupun engkau telah menyibukkan diri dengan pelbagai perkara. Kadang-kadang nama si dia, minat si dia, kenalan-kenalan si dia, suara si dia, gaya si dia, mudah sahaja menarik ekoran mata kita untuk melihat kembali : 'eh itu dia ke?'. 'Oh bukan..ah sudahlah!' Kebingungan demi kebingungan tentang siapakah sebenarnya insan yang Allah sediakan untuk kita itulah yang mendidik diri ini untuk tunduk kepadaNya. Tunduk kerana kita kenal siapa diri kita. Tunduk kerana sedar...