Posts

Showing posts from July, 2016

Ayuh menjadi pemuda yang Allah kagumi!

Image
Raya Aidilfitri 1437H tahun ini, Ada keistimewaan tersendiri kerana dari 1Syawal, kami menziarahi orang-orang sakit. Kemudian, bertemu pula dengan mereka-mereka yang pernah berjasa ketika kami adik beradik masih kecil. Ibarat Jejak Kasih Insan Berjasa. Mereka semua dah tua-tua,  sakit-sakit seperti sakit lutut, sakit badan dan kata-kata mereka sarat dengan nasihat dan pesanan.. subhanallah. Sementara mereka ada, inilah peluang terbaik untuk menghargai mereka. Teringat kata-kata seorang wak : "Kawan-kawan aku semua dah meninggal, tinggal aku je hidup lagi.." Allah, zzup rasanya . Kalau sembang dengan orang muda, majoriti akan berkata: "Kawan-kawan aku semua selfie dengan isteri, dengan anak-anak, aku je belum kahwin.." Hmm, berbeza sekali sudut pandang orang muda dengan orang tua. Apapun, latihlah diri kita dengan sifat qanaah iaitu berasa cukup dengan apa yang kita ada. Muda atau tua usia seseorang, semestinya tidak sia-sia bagi mereka yang tahu memanfaa...